Wednesday, February 19, 2014

Menerobos Sempadan Diri [1]

Assalamualaikum.

2014 dikatakan tahun yang makin mencabar bagi setiap insan.
tatkala kita di fasa-fasa akhir dunia sama ada sedar atau tidak.
sebagai orang Islam, mau tanya diri, apakah iman didada sudah mencukupi.
sebagai hamba kepada Nya, mesti  dihitung apakah Cinta kepadaNya hanya sekadar mainan bibir 
atau selayaknya yang perlu dilakukan oleh seorang hamba.

monolog.

sungguh kadang aku bingung.
suasana tidak sihat disekeliling peradaban manusia tika ini.
hanya di IC sahaja Islam.
aku pun sama.masih jauh dari Islam yang dibawa susah payah oleh junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w
Islamkah aku jika masih buat apa yang dilarang , meninggalkan apa yang disuruh.
Islamkah aku jika masih terjebak dengan pinjaman riba.
Islamkah aku jika masih ingkar dengan ibu bapa.
Islamkah aku jika masih ada hasad terhadap manusia yang lain.
Islamkah aku jika gagal mengucapkan syukur padaNya tatkala selesai menjamah rezeki yang diberi olehNya
Islamkah aku jika masih gagal tutup aurat.

Tunjukkan aku jalan yang lurus ya Allah.jalan orang yang Engkau berikan nikmat.Bukan jalan orang yang sesat dan bukan jalan orang yang Engkau murkai.

Tuhanku, disana syiah, disini wahabi, sunni, tabligh.
disitu murtad, atheis,
Inikah zamannya yang disebut oleh nabiMu.
tentang Islam yang berpecah belah.
aku melihat ulama tak pernah endah.yang mengampu, menjaga perut sendiri ramai.
aku melihat ramai ulamak jadian, mudahnya mereka mengkafirkan ulama-ulama yang terdahulu, mudahnya mereka mencela sahabat-sahabat nabiMu yang telah tiada.
Aku berlindung denganMu dari segala keburukan tersebut

Nabi sampaikan, zaman sekarang zaman kerajaan yang menyombong.
mereka orang politik, katanya berjuang demi rakyat.
tapi kantungnya penuh sedangkan rakyat mengais seharian.
mereka itu sang penguasa, ditahan yang lemah atas alasan melanggar hukum.
Sungguh aku meyakini hukumMu sangat adil.
jadi atas pegangan apa mereka menganiaya yang lemah

wahai Tuhanku.
Telah diperingatkan oleh nabiMu tentang fitnah yang paling dahsyat untuk umat akhir zaman.
iaitu fitnah sang dajjal.
waima telah diperingatkan dari zaman nabi nuh a.s
aku melihat umat tak peduli.mereka tidak endah.cerita didengar bak kisah penglipurlara
aku berserah diri kepadaMu.bantulah aku dalam menjaga keimanan ku kepadaMu.
selamatkan lah aku, keluargaku, dan umat Islam yang lain


banyak dosa aku.
tak tertanggung.
syukur padamu Tuhan, masih ada titik-titik rasa insaf.
Engkau masih anugerahkan rasa ini.
masih punya rasa mahu menjadi lebih baik
punya niat mahu dapatkan husnul khatimah
punya cita ingin menjadi anak yang soleh.
Ya Allah.Engkau anugerahkanlah juga rasa ini kepada kawan-kawan ku.
yang masih leka dengan belaian dunia.

Keampunan-Mu lagi luas dari murkaMu
ampunkan aku ya Allah atas segala kelalaian ku.
matikan aku dalam husnul khatimah nanti.

Ya Allah, tolonglah aku untuk berdzikir pada-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].” (HR. Abu Daud)

No comments: