Wednesday, June 19, 2013

Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telah lama blog ini aku tinggalkan tanpa sebarang nukilan.
Bosan? Tidak.
Cuma aku cuba memerhati kehidupan dunia ini dari sudut berbeza.
Ya.aku juga sama dengan mereka.
alpa.lupa.lalai.malah menyimpang dari fitrah.
namun Allah Maha Penyayang. Dia tunjukkan tanda-tanda kebesarannya .
Bukan sedikit, tetapi amat banyak bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Dia mahukan hamba-hambaNya memerhatikan kebesaranNya.
Untuk berubah bukan mudah , segerombolan syaitan bersama para-para jeneralnya akan menyelubungi segenap molekul darah dalam diri tatkala didalam hati telah terdetik niat untuk berubah.
ya, apabila terdetik sahaja.
maka sebab itu iman kita ada turun naik.
sebab itu kita tewas.

namun harus diingat, Allah sangat kasihkan  hamba-hambanya.
pintu taubat sentiasa dibuka.
seluas-luasnya.
sehinggalah paksi matahari terbit sonsang dari paksinya.
tatkala itu, tertutup sudah rahmat dan peluang untuk bertaubat.

insyaAllah.
aku akan cuba menulis.
yang lebih bermanfaat lagi.

Rasulullah muhammad bersabda :
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadist riwayat Bukhari).

aku berharap selepas ini aku dapat memberi manfaat kepada orang lain.
sebagai salah satu bekal aku di sana.





No comments: