Sunday, June 23, 2013

zikir taubat nasuha

Assalamualaikum...

Aku sentiasa hidup dalam dosa..
setiap hari setiap masa...
 dosa dengan Tuhan .dengan Rasul, dengan ibu bapa, dengan ahli keluarga dan umat Islam..
Ampunkan aku ya Allah...
Ampunkan aku...


Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)

Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)

Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)

Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 



Wednesday, June 19, 2013

Umrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera terhadap semua makhluk Allah.
Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lembut terhadap setiap hambaNya.
Tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah

Alhamdulillah..kami sekeluarga (kecuali adikku 2 orang) telah selamat mengerjakan Umrah terhadap tempat yang paling suci diatas muka bumi, tempat lahirnya kecintaan kita Muhammad Rasulullah..

Selepas balik..sudah pun genap sebulan dari tarikh aku sampai disana.
Alangkah ruginya jika aku tidak mencatatkan pengalaman aku.
jika tidak dibaca orang pun ( aku tidak jangka ada pun yang baca blog nih) , sekurangnya apabila aku rindu kat Baitullah....aku akan baca sendiri..
*senyum..

InshaaAllah.

Ya Allah.Permudahkan usaha aku.

Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telah lama blog ini aku tinggalkan tanpa sebarang nukilan.
Bosan? Tidak.
Cuma aku cuba memerhati kehidupan dunia ini dari sudut berbeza.
Ya.aku juga sama dengan mereka.
alpa.lupa.lalai.malah menyimpang dari fitrah.
namun Allah Maha Penyayang. Dia tunjukkan tanda-tanda kebesarannya .
Bukan sedikit, tetapi amat banyak bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Dia mahukan hamba-hambaNya memerhatikan kebesaranNya.
Untuk berubah bukan mudah , segerombolan syaitan bersama para-para jeneralnya akan menyelubungi segenap molekul darah dalam diri tatkala didalam hati telah terdetik niat untuk berubah.
ya, apabila terdetik sahaja.
maka sebab itu iman kita ada turun naik.
sebab itu kita tewas.

namun harus diingat, Allah sangat kasihkan  hamba-hambanya.
pintu taubat sentiasa dibuka.
seluas-luasnya.
sehinggalah paksi matahari terbit sonsang dari paksinya.
tatkala itu, tertutup sudah rahmat dan peluang untuk bertaubat.

insyaAllah.
aku akan cuba menulis.
yang lebih bermanfaat lagi.

Rasulullah muhammad bersabda :
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadist riwayat Bukhari).

aku berharap selepas ini aku dapat memberi manfaat kepada orang lain.
sebagai salah satu bekal aku di sana.