Thursday, February 23, 2012

minum berdiri

tengahari tadi,aku yang dah lewat beli nasik, terus terkocoh-kocoh pergi membeli nasi.
balik , masa lalu kat pantri , nampak seorang student yang tengah praktikal ni minum.

aku : "oi, minum berdiri ! "
 si mat neh dah tersenyum kambing.

" ko tau tak mat? "

" tau ape "

" kalau minum berdiri , nanti kita dapat anak 1 jek "

" yeke, oklah , aku minum duduk ok. "


" bagus-bagus, ko tau tak kalau minum duduk dapat berapa anak "

" tak tau "

" kalau minum duduk dapat lebih dari 1 "

" *%*%&^$#^# " si mat neh dah masuk air dalam kepala.

kalau merepek dengan budak neh memang laju.hahaha

day dreaming

aku seorang yang lambat datang ofis.fact.awal ke lambat bangun.memang punch card jarang kaler hitam.fact lgi.hehe.biasalah, staf yang degil.

masuk kereta.start panaskan enjin kereta kejap.
then bermula satu sinetron ringkas selama 10-15 minit mengikut masa sampai ke ofis.
seperti kebiasaan , kepala otak ini akan memainkan peranan mengatur langkah kerja aku hari ini.
orang melayu kata , mengelamun.
apa nak jawab dalam meeeting, mana nak pergi, nk jumpa siapa, even jawapan kalau nak bergaduh dengan 'client' aku pun aku dah sedia susun masa bawak kereta tuh.

pendek kata, sampai je ofis terus boleh buat kerja dengan tekun dan rajin.tekun ke?.hahaha

tapi hari ini aku rasa lain dari hari yang lain.
saat pagi yang penuh dengan kereta yang sedia jammed tuh, kepala aku dah mula mengfokus segala buah fikiran untuk kes besar yang aku kena attend hari tu.stress.memang dari pegi dah selalu macam tuh.

tapi yang nih betul-betul lain, susana dan algoritma perjalanan pagi tidak seperti kebiasaan.
rasa ada suasana yang agak asing dari mata dan telinga aku.
dalam keadaan aku masuk ke level paling dalam ala-ala movie inception tuh, aku dapat dengar suara budak yang belum mumayyiz lagi.

makin dekat aku dengan ofis, suara tuh makin jelas.
memang aku pernah dengar lagu yang dinyanyikan tuh.
budaknya memang aku kenal.
sampai dekat ofis, aku tersedar dari lamunan yang tak berapa nak panjang pagi tuh.


terus menyumpah pepagi tuh.





" cilake, camne boleh terlayan lagu justin bibir dalam keta neh "



sumpah,aku memang tak suka budak neh.mampus kalau kawan-kawan aku dengar aku pasang lagu neh dalam keta.konpem kena bahan. hahaha.

Saturday, February 18, 2012

confirm

semalam aku lunch dengan kawan aku dan kawan kepada kawan aku , seorang kakitangan kerajaan.dalam rancak menikmati makanan, kami cuba menghidupkan suasana dengan diskusi ilmiah mengenai keadaan ekonomi serta perbelanjaan persekolahan anak-anak masing-masing.ok.kami semua belum kahwin.

sampai ke satu chapter nih, kawan aku kakitangan kerajaan cakap..

Ali : aku neh dah la tak konpem lagi kerja.macam mana tah management kat sini buat keja.cawangan kat kl tuh cepat aje konpem.setaun kerja dah dapat surat.kat sini buat kerja segala bagai 3 tahun baru boleh konpem.

Din ( kawan aku :) pe pekdahnya kalau konpem awal?

Ali : yela, baru semua elaun masuk.dapat semua kemudahan bagai.barulah semangat sikit nak kerja bile dah konpem.

Tom cruise(aku) : kitorang neh kejap jek.masuk kerja 3 bulan dah konpem.tak tunggu surat dah tau konpem.

Ali : wah, baguslah.dapat kemudahan staf permanent.

Din : kitorang tak dapat kemudahan.yang dapat semua kesusahan.

gelak mengalahkan ceo din dan tom cruise tuh.haha

Ali : *(^^*%&$&$&( .blur.



hanya yang kerja dengan kitaorang jek paham kan.hahaha

Thursday, February 16, 2012

hati-hati beli kereta terpakai

semalam gua dengan kawan gua pergi hantar parcel urgent ke abx express. kebetulan dah petang dan nak pukul 5, bawak kereta berlenggang kangkung macam perarakan kereta berhias sambil jalan-jalan tengok kawasan ala-ala yb masuk kampung untuk meraih undi simpati demi menyelamatkan karier politik beliau yang seperti berada di hujung tanduk yang boleh dipatah-patah untuk dibuat perhiasan atau dijual sebgai cenderamata kepada sahabat-handai yang rapat dan mempunyai hubungan istimewa dan tentunya mempunyai tempat di dalam hati sanubari setiap insan yang fana di bumi yang sentiasa bertuah ini.ok cut the crap.saja nak panjangkan entri kan.wahaha.

sampai kat satu jalan tuh.agak jem.so, bosan-bosan.tengok kanan-kiri.nampak satu kedai kereta nih.gua nampak satu mamat bangla neh duk asyik menggosok body kereta kelisa kaler kuning too fast and too furious.

asyik bangla neh buat kerja.licin berkilat.meghelip oghang kedah kata.
kalau kedai basuh kereta, dah lama gua berhenti mintak dia polish jek, basuh taknak.heh.

pastu, gua tengok dia angkat bonet depan.aku syak dia nak lap enjin sampai berkilat macam body.
dia bukak paip.
gua musykil.gua syak dia nak amik basuh tangan.

sekali.
dua kali tengok.
tiga kali. teleng.



gua dengan kawan0kawan gua terpegun.
bangla tuh buat ape ?

bangla tuh basuh enjin ngan air paip...curah air banyak dan sembur laju setiap inchi bahagian yang ada dalam bonet enjin.

memang bersih.memang licin.meghelip-ghelip macam baghu.

then bangla tuh lap2 sikit.tutup bonet.start enjin kereta.rem kuat-kuat.

REM kuat-kuat.

bajet enjin boleh kering.

 sah giler.
bangla neh memang giler.towkey kedai pun giler.
gua memang pasti dia takde pakai spesel chemical.gua memang pasti dia tak lap sampai kering.dan gua pasti enjin memang nampak cantik sama dengan body yang metallic orange tuh.

tak percaya?

gua dan kawan-kawan gua bertiga merupakan saksi yang islam , baligh , berakal dan sudah mendaftar sebagai pemilh ok.tak percaya lantak.haha

yang gua tak percaya kenapa entri neh guna word 'gua'

buang tebiat orang tua-tua kata.

hati-hati beli used car.yang cantik tak semestinya indah.

Wednesday, February 08, 2012

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Kita selalu dimomokkkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan hebat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice .


3. Mesin Terbang
Abbas Ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.


4. Universiti
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.
5. Aljabar
Perkataan aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.


6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.


7. Muzik
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.


8. Berus Gigi
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.


9. Takal / Crank


Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.





Ini hanya sedikit..sedangkan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah diteroka dan  dan dikaji oleh ilmuan Islam..sedangkan kita masa kini menerima apa yang telah dilestarikan oleh pihak barat hasil daripada kajian ilmuan Islam sendiri..

Semoga bermanfaat...

Thursday, February 02, 2012

kuat makan badan besar

petang tadi aku nampak budak2 beratur naik bas balik dari sekolah . awat kecik ja budak-budak zaman la nih.hormon tak cukup kah, kesan side effect ayah dia makan megi banyak masa zaman study dlu ke.ke memang banyak sangat assignment cikgu bagi sampai tak sempat makan.

aku dulu paling banyak dapat duit sehari rm1.30 sen nasi lemak 20 sen air.baki aku simpan buat beli komik dragon ball.time tuh rasa gemuk jek,sihat walafiat.


budak-budak zaman sekarang cikai-cikai pun rm5.tapi badan macam tuh gak.kecik cam tak cukup zat

apa makan budak-budak zaman sekrang neh sebenarnya?