Sunday, January 29, 2012

ISO , Aperture , Shutter Speed

Sedikit info untuk peminat dslr, mudah untuk faham dan praktis :)

 



ISO.

ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.

Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.

ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Shutter Speed.

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.

Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.

Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture.

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.

Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus).


Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).





kredit untuk ISO 11

anak

Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia akan belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan 
cemuhan, dia akan belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan 
permusuhan, dia akan belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan 
hinaan, dia akan belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan 
dorongan, dia akan belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan 
pujian, dia akan belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan 
rasa aman,dia akan belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan 
dukungan, dia akan belajar menyenangi diri sendiri.

Jika anak dibesarkan dengan 
kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya.

Jika anak dibesarkan dengan 
toleransi, ia akan belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan 
sebaik-baiknya perlakuan, dia akanbelajar keadilan


::penulis yang tidak diketahui::

Monday, January 23, 2012

On United .

 The Reds showed that they have the DNA of winners cursing through their veins - Arsenal emphatically don't.


Fact.

Thursday, January 19, 2012

[pilihan skala rekta] : `Regim Change'- Perang Salib belum berakhir!

Perang Salib Masih Belum Tamat

Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke 7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci.

Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan baitulmuqdis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada kristian ortordoks timur yang berpusat di Empayar Bizantine.

Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al Hakim menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyeramak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.

Terdapat pelbagai Perang Salib di mana yang besar sebanyak sembilan kali. Perang Salib yang penting dan terbesar berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang Islam tetapi juga di Iberia dan Eropah tengah.

Sehinggalah hari ini perang salib masih berterusan. Di Afganistan dan Iraq perang salib masih berlaku cuma dengan nama dan bentuk lain. Umat islam masih diperangi terutama di Palestin.

Apa Kaitan Dengan Kita? 

Perang Salib telah melebar hingga ke Malaysia? Baca kupasan dibawah tanpa prejudis. Sayangnya PAS ikut terjebak dengan kerja PKR yang mendapat sentuhan ... siapa?

Dalang menukar regim pemerintahan
KITA telah peringatkan berkali-kali bahawa UMNO dan kerajaan jangan memandang rendah keupayaan pembangkang kerana mereka bijak mencipta fitnah, handal menyusun kejahatan dan terlalu pakar menimbulkan persepsi bagi mengundang keresahan rakyat supaya kerajaan dan pemimpinnya dilihat korup,tidak bermoral dan sebagainya.

Strategi Blitzkrieg seperti yang ditulis sebelum ini disini  "blitzkrieg iaitu Lightning war “  mula mereka laksanakan secara ageresif setelah sekian lama mereka mengumpul isu, merekayasakan fitnah dan menyedari PRU13 makin dekat, seluruh jentera mereka diarahkan bergerak untuk membunuh karekter pemimpin dan kepimpinan UMNO serta kerajaan dan sekaligus mengelirukan pandangan ataupun penghormatan rakyat kepada kerajaan dan pemimpin.

Fasa pertama mereka menyerang institusi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia dengan isu kehilangan enjin jet dan kapal selam, badan kehakiman, Polis Diraja Malaysia, Biro Tata Negara serta badan-badan strategic yang lain bagi membina persepsi negatif terhadap kerajaan. Tujuan utama mereka adalah untuk mengikis dan menghakis tahap kepercayaan rakyat yang telah terbina sejak sekian lama setelah PM Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Perbuatan sabotaj ini seolah-olah seperti satu penderhakaan kepada negara dan pembangkang meneruskan serangan fitnah mereka terhadap Rosmah Mansor dengan berbagai-bagai dakwaan liar supaya rakyat memandang sinis serta keji ke atas sebarang tindakan ataupun tingkah laku dan ketrampilan isteri PM Najib itu.Mereka berjaya memberikan persepsi buruk Rosmah di mata rakyat di luar.

Rosmah diserang dengan isu cincin,beg mewah dan isu wanita Monggolia tetap dikaitkan dengan beliau walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada pihak yang bertanggungjawab namun pembangkang masih kekal mengambil kesempatan menyerang Rosmah dan Najib dalam isu ini.

Persoalannya, mengapa Rosmah diserang begitu rupa? Jawapannya cukup mudah kerana PM Najib tidak mempunyai sebarang isu moral untuk diketengahkan. Dan adakah ini bukan merupakan satu perbuatan kejai serta jijik pembangkang? Jelas di sini pembangkang gentar dengan transformasi yang dibawa oleh PM Najib dan barisan kabinetnya.

Isu basi FELDA didendangkan semula. GLC dan GOC turut tidak ketinggalan untuk difitnah oleh pembangkang. Mengapa pembangkang menjadi FELDA sebagai kambing hitam sedangkan disinilah berkampungnya anak-anak Melayu dan adakah hanya kerana mahu meraih undi,pembangkang begitu sekali terdesak hingga terpaksa menggadaikan hak serta kepentingan ekonomi Melayu dan menjadi peneroka FELDA mangsa mereka?

Pembangkang tidak sunyi mencipta isu. NFC yang mereka dedahkan pada Ogos 2010 tetapi tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan akhirnya menjadi senjata utama kepada mereka untuk menyerang kerajaan pada hujung tahun 2011 hingga ke hari ini dengan menjadi Laporan Audit Negara sebagai rujukan mereka.

Kita telah ingatkan kepada jentera kerajaan dan parti supaya jangan sama sekali memandang rendah keupayaan pembangkang dan jangan menyerah bulat-bulat kepada rakyat untuk menilai benar atau tidak segala tomahan itu kerana pakar-pakar strategik pembangkang ini bukan `kecik anak’, mereka terlatih dan dilatih oleh pakar-pakar luar negara yang berselindung di sebalik Ngo-Ngo seperti Konrad Adenauer Foundtion (KAF) dan New Endownent For Demokract (NAD) yang bertanggungjawab menukar regim pemerintahan negara-negara lain sebelum ini.

Pakar-pakar strategic pembangkang ini akan sentiasa merencanakan agenda kepimpinan mereka malah kita percaya akan banyak lagi isu-isu serta kejutan-kejutan yang bakal mereka lakukan dan sekiranya kepimpinan kerajaan serta parti terus memandang rendah keupayaan mereka ini,kerajaan dan parti akan berdepan dengan masalah.


Pertubuhan Yahudi Jerman..
Sebab itulah dalam kita tidak sedar, kita diperdayakan dengan agenda Bersih yang didalangi oleh Bar Council yang mempunyai dana ratusan juta dari luar Negara (lihat Laporan Kewangan Bar Council) dan kita percaya agenda mereka tidak akan terhenti setakat itu dan akan ada lagi Bersih selepas ini dan salah satu agenda jelas mereka adalah LGBT atas alasan memperjuangkan hak asasi manusia.

Perancangan menumbang kerajaan serta menukar regim di dalam Negara kita ini adalah hanya satu perancangan mikro dari perancangan makro yang lebih besar di peringkat dunia. Tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu senarai Negara-negara yang tersenarai bersama dengan Negara-negara Libya, Turki, Kuwait, Mesir, Iraq dan Iran.

Satu peringatan penting untuk kerajaan, sesebuah negara itu hancur, tumbang ataupun musnah adalah lebih mudah sekiranya dihancurkan dari dalam serta segala yang berlaku sepanjang pemerintahan PM Najib ini seharusnya dijadikan iktibar dan melihat gerakan yang didalangi oleh apa yang dimaksudkan di atas bukan sekadar isu politik semata-mata tetapi satu gerakan menghacur serta memusnahkan akidah.

Jangan suatu masa, jika hari ini anak-anak kita keluar ke sekolah mengangkat beg dan juga buku tetapi akhirnya satu ketika, anak-anak kita keluar dari rumah mengangkat senjata untuk menuntut hak hidup di dalam negara sendiri seperti yang berlaku kepada umat Islam yang seagama di Palestine, Iraq dan beberapa negara lain.

 
saladin yang digeruni dan dirindui

Perang Salib belum berakhir!

Sumber :  abatasaii


kerja

sekarang dah masuk hari khamis, minggu neh rasa amat panjang. Selalunya dah nak masuk khamis, boleh lepas nafas slow-slow.tapi neh still semput , penat dalam mencari rezeki.

rezeki Tuhan bagi tak sma.kan?

yang penting nape tengah malam neh aku masih stcuk ngan kerja..huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Friday, January 13, 2012

hujan emas di kg melayu majidee

salam dan selamat sejahtera,

seperti yang sedia maklum dan seperti yang diwar-warkan dari mulut ke mulut, terdapat ketulan-ketulan batu yang mempunyai emas di kg majidee johor bahru. Jadi tengahari semalam ,tanpa membuang masa, krew skala rekta pergi ke tempat yang diperkatakan itu.Ok takde krew , aku ngan kawan-kawan aje.

Tujuan kami pergi ke sana untuk melihat sendiri bagaimana rupa 'pyrite' atau fool's gold yang dikatakan oleh jabatan mineral dan geosains itu dan juga untuk mendapat raw iinformasi tentang aktiviti itu di sana.

Lokasi itu terletak di Jalan Mewah, boleh dikatakan ditengah-tengah kg majidee kalau tak silap aku.
Walaupun pergi tanpa peta , sebaik sahaja dari jauh nampak tape garisan polis kaler kuning serta orang yang ramai , mudah sahaja untuk mengagak itulah lokasi yang kami cari-cari.

Agak ramai pada tengahari itu , tanpa membuang masa , aku melilau mencari orang yang sesuai untuk diinterview.


suasana pada tengahari tuh masih agak terkawal , al-maklumlah hari bekerja.mungkin jugak selepas pengumuman yang batu itu bukan emas, maka jumlah pencarinya berkurangan

zoom lagi sikit.




Ketika kami tiba , ada dua peronda polis kebetulan tiba pada masa yang sama. Lantas , mereka menghampiri setiap pencari emas dan meminta agar mereka beredar kerana kawasan ini sebenarnya sudah diwartakan sebagai kawan larangan.Slow-slow ramai-ramai diaorang beredar. Beredar bukan ke mana, hanya ke luar garisan aje.


Kebetulan seoran pakcik nih , sedang memerhatikan kawasan itu, yang aku kira sudah ada hasilnya pada hari itu.


“ banyak dapat pakcik ? “

Pakcik tuh tersenyum , “ adalah sikit- sikit “

Lantas tanpa menunggu lama , bertalu-talu soalan di Tanya.Pakcik nih memang cool!

“ Pakcik baru jek start dari semalam , adalah sikit-sikit. Datang sorang je, semalam de ngan orang rumah. Hari nih sambung sorang jek.

Tanpa segan silu aku terus minta nak tengok hasil dia.hehe...terus bukak poket doraemon dia.nah, penuh rupanya.

Perhatikan rupa batu tuh, yang bersinar tuh yang dianggap emas.Memang sikit sangat.






 "pakcik, mintak seketul dua! "

" ekau neh jang , den tampo ko lelaju kang, mana buleh ! " . ok aku tipu dialog neh.pakcik neh memang ramah.

Aku bergerak ke sasaran kedua
Pakcik nih mukanya agak tegang , penat barangkali.haha.Dengan senyuman manis , sekali lagi aku cuba tegur dia .

“ banyak dapat pakcik? “

“adalah sikit. Polis neh awat mai kacau taktau, depa neh pi la cari penjenayah , perompak ka.nak gak kacau kami duk mendulang neh.aih” tetiba hati pakcik tuh terusik sikit.haha..sabar ye pakcik

Dari pertanyaan aku , pakcik din neh [ bukan nama sebenar} bekerja di pasar. Macam orang lain , datang untuk mencuba nasib . Iyelah , ne tau ley buat bayar muka kereta baru kan.ahaha..tapi pakcik nih memang sempoi , siap ajar aku trick-trick nak cari lagi. Ujar dia lagi , tapak nih asalnya adalah semak samun, tapi kemudian di letak batu untuk dibuat gelanggang.court badminton barangkali kalau ikut saiznya. Batu neh asalnya dari kuari di kulai jaya.Yeah, sebaik orang ramai tau asal mana kuari tuh , difahamkan sekarang kuari tuh telah ditutup atas sebab keselamatan.


 
“pakcik, tengok sikit hasil hari neh boleh? “
Laju jek pakcik tuh keluarkan bagi aku tengok..ahahaha..senang keje.







Sedan ralit berborak ngan pakcik din neh , ada sorang lagi menyampuk kat belakang aku.

“Kerajaan cakap aja benda nih bukan emas , tapi sebenarnya laku jek emas nih. Ada orang yang jual kat cina dapat ribu gak. Kerajaan taknak orang dating sini , sebab tuh cakap bukan emas “

Aku dah pandang kawan aku sengih2.sebab ada bunyi-bunyi nak nak kaut sebaldi batu bawak balik ofis then baru tapis kalau confirm tuh emas.hehe.tamak betul idea tu.sejujurnya dakwaan pakcik tuh tak dapat disahkan sebab tak ada hitam putih bukti lagi kan.


Tengok keadaan sekeliling. Ramai yang dating menonton. Tak kurang gak ramai yang berdiri di tepi garisan polis, tunggu peluang kot. Polis tinggal jek konpem masuk korek balik .



Ini gambar sefamily yang dating. Akak nih memang berusaha gigih , walaupun kena halau keluar dari tapak tuh , still mengorek dan mencari emas di luar kawasan yang di larang.


Brother dua orang nih juga keje sendiri. Sorang bawak anak perempuan.Anak perempuan dia pun terikut-ikut sekali cari..aiyak



Aku pusing lagi..tiba-tiba Nampak ayah ngan anaknya nih.
“Bang, comel anak “ , tegur aku

Senyum aje abg tuh. Katanya bini nya kerja.dia cuti dan saje jalan2 datang sini.
Telatah budak kecik tuh memang mengasyikkan aku.budak kecik.apalah yang dia tahukan.






 hablur pyrite yang abg tuh dapat pun not bad gak.kalaulah benda tuh betul-betul emas.nih yang dia dapat sambil-sambil aku tengah tengok anak dia.



sedang aku duk melilau, sorang brader menegur aku.

"dari mana dik? "
. aku senyum aja..cakap kat dia saja datang tengok2.dia ful time kerja sendiri.repair pc.dia cakap neh hari ketiga dia datang. Apa yang buat dia datang situ?



" masa saya duk makan kat warung tuh, akak tuh cakap anak dia jual bape bijik dapat dekat 3 ribu. Sebab tuh saya datang . Adala dapat sikit. Kalau awak pergi kat warung tuh , ada agent yang standby nak beli emas tuh. try tanya.".yakin brader neh cerita kat aku.dan memang ramah lebih.hehe.

 "bang leh tengok sikit batu tak? ".cam biasa korek-korek rahsia.

" erm , awak bukan wartawan sokkaba kan? "

ketawa.haha.
"de talent cam reporter ke saya neh bang?".aku cuba masuk bakul angkat sendiri jap.

" hahahaha...ado2 ".konpem abang neh buta bakat.hahaha


tengok sikit hasil abang neh. boleh tahan gak.



X lama lepas tuh, kereta peronda polis masuk ,seorang kopral meminta semua yang berada dalam tempat tuh agar beredar. Tape lain dipasang dalam radius yang lebih besar supaya kenderaan pun tak boleh masuk dekat-dekat tuh.




Apa pun dakwaan yang aku dengar, semuanya berasaskan sumber sekunder dan tertier, maka realibiti maklumat bagi aku masih kurang sahih.melainkan dengar dari sumber premier sendiri , ataupun bukti nyata resit jual beli tuh...baru aku akan cuba menerima fakta itu memang emas.
Yelah, pengarah jabatan mineral dah bagi statement yang tuh memang pyrite. Mungkin kalau ada masa dan peluang aku try nanti buat acid test.apa jadi..

Kunjungan kami sekadar hanya memerhatikan dengan mata kepala sendiri bagaimana batuan emas/pyrite itu. Aku  tidak dapat berikan kesimpulan lagi sebab dari cakap-cakap yang aku dengar memang kebanyakan orang disitu kata emas tuh laku dan dah ada orang yang jual. Tapi ketiadaan bukti yang nyata , aku hanya anggap hanya informasi yang belum pasti.

Sebelum balik ofis, aku dengar ada orang cakap..

“ yang cari batu belum tentu kaya lagi, yang betul-betul kaya orang jual cendol tuh “


 memang kayo pakcik itu !

disclaimer:
 dialog bukan mewakili dialog sebenar.tapi info yang disampaikan memang dari perbualan sebenar.terima kasih kepada pakcik-pakcik yang diinterview atas cerita-ceriti menarik yang dikongsi. :)

Tuesday, January 10, 2012

kelip-kelip malam

susah nak tidur bila kepala kurang oksigen sebab hidung tersumbat..
apa nak buat.
nasib baik de seekor kelip-kelip sesat.
buat peneman mungkin.
tapi sampai masa kelip-kelip itu hilang.
tak tercapai jangkauan iris mata.
macam mengejar impian ,cinta dan cita-cita barangkali.
bila hati melirik , tangan tetap tak sampai.
...
...
.....
cubaan ke3 untuk tidur.huh!

pasca 901

salam...semoga semua sihat selalu

yeah..sambungan daripada entry dan penutup kepada bicara semalam.
pastinya ramai yang sudah tahu ,berbagai reaksi yang diterima atas keputusan hakim mahkamah semalam.
hendak tau serba sedikit rentetan peristiwa semalam (901) sila baca blog mazidul di sini

terkejut.

begitulah reaksi  setiap rakuyat malaysia barangkali.
aku memang terkejut.
pro umno terkejut.
pro pakatan juga terkejut.
karpal singh terkejut.
even anwar juga terkejut.

terkejut kerana anwar bebas.
terkejut kerana bukti yang ada tidak cukup kuat untuk disabitkan kesalahan.
terkejut kerana bacaan keputusan hakim hanya dalam tempoh DUA minit
mengikut justifikasi hakim , bukti yang ada (DNA ) dan keterangan saiful bukhari sahaja tidak memadai untuk menyabitkan anwar bersalah...bersalah dari segi meliwat secara PAKSA  terhadap saiful bukhari.

dan sebagai rakyat malaysia...kita kena akur dengan ketulusan badan legislatif..dan sebagai orang Islam , kita kena paham setiap qada dan qadar ada hikmah dia..

bagi pihak PKR, pemimpin yang kalian sanjungi sudah bebas...kemenangan moral pertama untuk PRU....
apa situasi selepas ini ? aku mengjangkakan peguam cara dan pihak pendakwa raya bakal membuat rayuan semakan keputusan kehakiman yang sudah dibuat..

sebagai selingan , walaupun anwar TIDAK disabitkan kesalahan , tidak bermakna dia merupakan calon yang layak untuk menjadi pemimpin Malaysia . Justifikasi aku berdasarkan  :

1) walaupun kes ini dia dibebaskan , tidak bermaksud dia tidak melakukan aktiviti itu.DNA yang dikemukakan jelas menunjukkan dna lelaki Y yang ditemui pada saiful tetap berpadanan dengan DNA anwar. Malah bukti cctv yang menunjukkan kehadiran anwar dilokasi dimana peristiwa tersebut berlaku.

2) peguam beliau karpal singh juga tidak menolak kejadian itu berlaku , tetapi menegaskan kejadian tersebut berdasarkan suka sama suka..malah tatkala bukti2 yang masuk lebih kukuh dan konkrit berbanding pada tahun 1998 apabila anwar disabitkan bersalah.Atas dasar keterangan dari saiful sahaja diguna pakai , maka mahkamah tidak menyabitkan kesalahan terhadap anwar.

3)anwar penyokong pluralisme...percaya atau tidak,..sila google...dan cari sendiri maklumat

4) skandal china doll yang terang2 muka  anwar.cctv yang jelas anwar dan eskay hadir pada masa sekian-sekian..
5) sumpah laknat yang masih belum dijawab oleh anwar.satu dari saiful dan satu dari eskay..

tapi terpulanglah kepada rakyat malaysia hendak memilih yang mana.undi adalah demokrasi pilihan sendiri.yeah..walaupun aku nampak bias kepada menolak anwar..tapi tidak bermaksud kerajaan najib sangat suci..malah banyak jugak isu yang tampak menampakkan kelemahan demi kelemahan kerajaan yang mana mungkin menjadi liabiliti kepada mereka pada PRU nanti..namun justifikasi aku tmenolak aanwar kerana  topik yang diceritakan ini secara tuntasnya berkenaan anwar..undi aku? konpemlah rahsia kan

itu hanya selingan , aku berbicara mengenai pasca 901 ini..


sedikit insiden atau situasi yang menarik perhatian aku adalah :
1)ramainya budak2 sekolah rendah yang dibawa - apa ke bangangnya parent diaorang bawak anak dan biar anak ponteng sekolah hari ini.anak2 itu kain putih..jangan gelapkan kain putih itu dengan kekotoran dunia politik..

2) kejadian letupan bom buatan sendiri...aku rasa mesti de puak2 PKR menuduh tuh buatan SB..tuh standard..semoga Polis dapat menangkap petualang itu..

3) seperti yang dijangka..'peserta' kempen terang-terangan melanggar 10 syarat berhimpun...

4) ramainya wartawan asing muncul memberi liputan.kenapakah? pernahkah anda terfikir kenapa sewaktu keptusan kes ini diumumkan, BBC mengulang tayang berkali2 berita ini..apa pentingnya anwar bagi negara barat?

5) kehadiran adam adli , sebelum nih aku cuba mengkaji sejauh mana komitmen dan pendirian beliau terhadap solidariti kebebasan akademik dan pindaan auku, tapi hampeh..beliau juga seorang yang tidak serupa bikin.kata tidak ada penglibatan parti politik nasional dalam perjuangan mereka , tapi terang-terangan hadir memberi sokongan pada kempen ini..maybe khalid nordin kata perhimpunan ini halal untuk mahasiswa, tapi sebagai pemimpin sebuah gerakan, impaknya sudah lain.dan sebgai seorang yang suka kalau auku dipinda ( yeah..aku mengharap auku dipinda, tapi bukan bagi membolehkan budaya poltik sampah ini masuk ke dalam kampus..i hv my own reasons) , bagi aku perjuangan mereka tetap sia-sia dan lari dari akidah perjuangan yang diperkatakan!


 apa-pun seperti yang diperkatakan tadi, perancangan manusia hanya lah perancangan , hakikinya , perancangan Allah melebihi segala-galanya...mungkin de hikmah keputusan yang dibuat . Cuba bayangkan sekiranya anwar didapati bersalah , dengan wartawan asing yang penuh di mahkamah tadi..berita tersebut akan tersebar dengan cepat..bayangkan apa komen2 yang akan keluar dari Barat , pastilah mereka akan mengambil peluang mengatakan sistem perundangan melaysia sebgai menindas dan dipengaruhi oleh kerajaan..anwar akan terus memainkan sentimen simpati untuk meraih sokongan antarabangsa bagi menghalakan apa-apa perbuatan untuk menggulingkan kerajaan..


cukuplah pada 1998 apabila komen al-gore menyokong reformasi menandakan sokongan terang-terangan barat dan amerika kepada pendemo jalanan untuk menjatuhkan kerajaan...kita menmpunyai kuasa sebgai pengundi , dan laksanakan tugas sebaik mungkin memilih kerajaan yang diningini....tidak perlu menggadai harga sebuah kemerdekaan dan keamanan kepada orang asing semata-mata untuk memperolehi kuasa..

dalam kes anwar , beliau tidak disabitkan kesalahan.itu keputusan mahkamah dunia..dan sebagai manusia , kita juga mungkin de khilaf dari segi justifiksai..apa-apa perbuatan tetap tidak terlepas daripada mahkamah Tuhan nanti..

sebenarnya sesiapa yang menyaksikan secara live peristiwa hari ini atas tiket berkecuali mesti berharap..yeah sama harapan dengan aku..semoga tiada rusuhan atau pergaduhan antara pihak berkuasa dengan pendemo..dan alhamdulillah..perancangan Tuhan melebihi segala-galanya...

 apa dan siapa pun kita , gunakan akal yang waras , justify setiap tindakan , pilih lah jalan terbaik untuk agama , bangsa dan negara!



* sekiranya pemahaman teknikal berkenaan legislatif tidak tepat.sila betulkan sebab aku juga mempunyai khilaf:)






Monday, January 09, 2012

tahun baru.ini bukan tahun revolusi.

selamat tahun baru untuk all reader!
for sure takde reader nya..haha

anyway, masa aku start menulis neh jam 1132 mlm.
lgi 28 minit untuk sampai ke hari dimana kempen 901 pkr berlansung di kompleks mahkamah jalan duta.

sapa yang tak tahu 901 kempen tuh?kne pandai2 google la..luangkan masa search kat internet.confirm jumpa.
aku bukan nak promote, apatah lagi cuba menaikkan semangat holistik peserta perhimpuan pagi esok..just sekadar ingin menyeru...menyeru apa..ok tunggu jap lgi...

kita sorotkan dulu serba sedikit landskap politik kita ne, seperti yang kita maklum..tahun neh adalah tahun PRU..yang mana parlimen akan dibubar..kerajaan yang baru akan dibentuk daripada pilihan raya berasaskan sistem demokrasi ciptaan yahudi ini.keras kah statement ini? yeah..

apa pentingnya bagi puak pembangkang esok hari (9/1)..keputusan kes liwat akan menyebabkan haluan perdana menteri de facto mereka neh sama ada akan menuju ke penjara atau pun dapat bertanding PRU ke 13 nanti...dan sekiranya anwar tewas..perubahan tetap akan berlaku kepada pakatan rakyat dari segi sokongn..kerana zahirnya kalau anwar berslaah makan anwar peliwat bukan?..yeah..siapa yang hendak ber-PM kan peliwat...

seandainya anwar tidak bersalah, maka kemenangan moral akan berpihak kepada PKR dalam menghadapi PRU ke 13 nanti..tetapi senarionya sekrang abpabila anwar diberi peluang membela diri..beliau tidak berbuat demikian..sebaliknya beliau membuat pilihan untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tanpa pengakuan bersumpah yang mana belaiau juga tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

apakah maksud ini? maksudnya keadaan anwar agak goyah kerana selain bukti dripadan pihak pendakwa,..beliau juga gagal membwa alibi kedalam perbicaraan ini..

secara logiknya , pengamal undang2 yang profesional dan juga tidak profesional akan melihat percentage anwar bersalah adalah TINGGI...jadi apakah yang penyokong beliau buat? mereka beramai-ramai berhimpun untuk memberi tekanan kepada pihak mahkamah untuk membebaskan anwar..

apa terjadi esok (9/1) sekiranya anwar bersalah? apa yang akan anda jangkakan daripada penyokong2 anwar? adakah mereka akan bersurai sambil muka sugul meratapi hilangnya pemimpin mereka? mestilah TIDAK..dan disinilah pointnya..apa yang akan terjadi seterusnya...mampukah anda gambarkan?

senarionya begini..anwar didapati bersalah ,penyokong2 mula mara kearah mahkamah menuntut keadilan kepada anwar, kata2 provokasi dilaung2kan....polis mula bertindak..akan ada contact antara polis dan penyokong...dalam ribuan insiden yang akan berlaku..akan terdapat insiden2 yang akan digambarkan kepada dunia polis malaysia sangat kejam...gambar2 insiden yang dinaikkan akan menggambarkan kerajaan zalim...seluruh negara melihat sebagai pemerintah amat melampau..satu demi satu suara akan muncul menuntut keadilan kepada peserta demo ini..dan apabila di lihat kerajaan gagal bertindak..gelombang reformasi kedua akan menyusul...ya..gelombang reformasi kedua..

tuan-tuan dan puan-puan sekalian .apabila berlakunya reformasi.kesannya akan lebih dari itu...tatkala kelembapan ekonomi masih belum pulih dan makin teruk...apa akan terjadi kepada ekonomi negara ini sekiranya berlaku,..andai kata sekiranya pelabur2 menarik keluar pelaburan mereka atas alasan faktor ketidakstabilan negara? apa untungnya negara ini? ekonomi tidak berkembang, jual beli tidak berjalan dan seterusnya duit dan modal untuk di rotate bagi meransang perkembangan ekonomi rakyat malaysia gagal untuk stabil...pemodal2 menarik keluar modal2 mereka...harga barang akan meningkat..hutang-hutang gagal gagal diselesaikan dan bank2 akan gulung tikar..maka negara kita akan mengalami DOOMS DAY


perlu diingat tuan-tuan dan puan-puan , malaysia menjadi satu2nya negara Islam dimana umat Melayu sebagai bangsa teramai memeluk Islam selepas bangsa Arab memegang kuasa. dan kedudukan malaysia ditengah2 kawasan asia tenggara yang mempunyai banyak konflik dalaman yang umumnya yang belum diselesaikan.secara demografiknya...malaysia merupakan satu2nya negara Islam yang masih stabil dan majoriti orang Islamnya masih mengamalkan fahaman ahli sunnah wal jamaah..tatkala negara jiran kita indonesia sudah diresapi pemikiran dan cara hidup islam liberal yang ditaja oleh negara barat ....jadi negara kita menarik banyak tangan2 halus yang hendak memporak perandakan negara sekali gus mengguggat perpaduan umat Islam di negara ini...

apa pointnya di sini.

tahun 2011 menyaksikan banyak negara2 arab bertukar pemimpin melalui proses revolusi...dan kebanyakan revolusi yang berlaku kebanyakan bermula daripada tindakan pihak berkuasa ke atas orang awam..revolusi yang bermula di tunisia merebak ke seluruh negara arab2...atas alasan ketidak adilan, pemerintah di jatuhkan...dan kes seperti di libya agak unik kerana melibatkan bantuan tentera nato..apa kesannya bila satu2 kerajaan jatuh sedemikian rupa? apa yang dapat dilihat selain ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara itu tidak stabill...yang paling penting adalah pemimpin yang naik itu tertakluk kepada barat..tunduk dan patuh kepada barat,,.ye,...yang inilah  yang kita tidak mahu berlaku tuan-tuan dan puan-puan...

tangan -tangan halus akan menguasai negara ini melalui pemimpin boneka yang naik! dan sampai sudah...kita akhirnya bukan tuan di bumi sendiri..

jauh melalut, apa kaitannya dengan perhimpunan esok (9/1)...sudah terdapat dan terdengar cakap2 ada pihak yang mahu membuat huru-hara seperti revolusi negara2 arab andai kata anwar disabitkan kesalahan esok..dan puak2 seperti ini pastilah mendapat dana yang cukup daripada tanga-tangan halus ini...


aku bukan penyokong mana-mana parti politik...hatta aku jijik melihat politik.sebab banyak kotor dari bersih.banyak hitam dari putih.aku melihat apa yang akan berlaku dari kacamata rakyat malaysia yang cintakan keamanaan..

andai kata kerajaan sekrang kurang integriti, tukarkan sahaja pada PRU ke 13 nanti..guna kuasa anda sebagai pemililh..jangan guna perangai pengecut dengan memprovokasi dan menimbulkan kekacauan..

justeru aku menyeru kepada mana2 individu yang menyertai perhimpunan 9/1 nih..andai kata nasib tidak menyebelahi pemipin kesayangan kalian.terimalah seadanya...jangan dihuru-harakan medan yang kalian duuduki itu...andai kata kalian menang...raikan dangan sederhana...sayangilah negara kita kerana

aku sayangkan negara aku Malaysia. tanah tumpah darahku.


dan sesungguhnya apabila aku tamat menaip..jam sudah 0031 9/1/11..semoga yang haq tetap haq..dan yang batil tenggelam dengan kebatilannya.