Friday, May 20, 2011

kita dan ibu

errmm...tak sempat nak update...just terbaca dalam satu blog yang aku selalu baca nih..
so nak share gak benda tu kat sini. 

---------------------------------------


Ketika berusia setahun, ibu suapkan dan mandikan kita. Cara kita mengucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit “Tak nak! Tak nak!”

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih ialah dengan memecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas dan berkubang di sungai.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja rumah. Kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu datang ke asrama di hujung minggu. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak menjamah makanan masakan ibu. Sambil meninggalkan ibu untuk makan sendiri bersama adik-adik, kita pergi makan KFC bersama keluarga lain.

Berusia 16 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman. Kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersam kawan-kawan.

Ketika beruisa 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama. Kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu meminta agar kita jangan membazir dengan bergayut di telefon. Kita ucapkan terima kasih dengan menghadiahkan bil tinggi setiap bulan.

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandanagn mengenai kerjaya. Kita kata, “Saya tak mahu jadi seperti ibu.”
Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan seutas rantai emas bersama loket. Kita ucapkan terima kasih dengan rungutan “Kenapa tak belikan kamera dengan zoom lens?”

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, “Ibuuuuu, tooolonglahhhhh…”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusuah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi. Kita dengan megah berkata, “…itu dulu, sekarang zaman moden.”

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung. Kita berkata. “kami sibuk, tak ada masa untuk datang.”

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu telah kembali ke pangkuan Ilahi! Khabar itu bagaikan panahan halilintar membelah langit! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.


Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya.
Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.


Sunday, May 08, 2011

evolusi dalam game

dulu..masa wa kecik-kecik...wa men bmx jek..bila besar skit..
ayah wa dah belikan game tape.atau nama saintifik sket game konsol..
besar perbezaan game konsol ngan game psp yang budak2 zaman sekrang main..
yang paling utama mestilah grafik yang sangat-sangat berubah .

cer tengok pe yang berubahnye!


Cabal vs Battlefield 2

Double Dribble vs. NBA Live’06




Rad Racer vs. PGR 3 ( Project Gotham Racing 3 )

Punch Out vs Fight Night round 3
  


memang berevolusi abesss!


 

selamat hari ibu

untuk ibu saya..

dia memang ibu yang terbaik di dunia.