Saturday, March 26, 2011

selamat hari polis ke-204!

salam..

masih belum terlambat lagi untuk ucapkan SELAMAT HARI POLIS KE 204.
sesungguhnya penat lelah kalian menjaga keselamatan bumi Malaysia bertuah ini amat-amatlah dihargai.
pedulikan kata nista mereka yang tidak mengenang budi, biar bermandikan darah sekalipun, biar dikeji sekali pun, jasa kalian..hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.


Sunday, March 13, 2011

nilai positif bila putus cinta

......


.......

.......




.........




kan best bila semua towkey-towkey minyak, beras, ayam , ikan , air asia , streamyx , kfc  putus cinta?? semua harga rendah setiap hari..hakhak....takde maknanya...

+ snapped at jom hebohsss




gempa bumi/tsunami di jepun : pengajaran untuk kita (1)



Selepas Aceh, Jepun pulak dikejutkan gempa bumi dan tsunami yang agak dahsyat bagi aku..agak menghairankan tv di malaysia agak sukar bagi live update dan coverage untuk bencana-bencana seperti ini..kalau ada pun just ambil record dari agensi berita lain..

mungkin bagi rakyat malaysia..Jepun sebuah negara maju/ bukan serumpun/ jauh/  tak kena kat malaysia menyebabkan kurangnya kesedaran tentang pentingnya mengambil langkah-langkah pencegahan awal sebelum berlaku sesuatu bencana..

bayangkan jika suatu hari malaysia juga menerima nasib yang sama sperti Jepun , apa akan jadi? ( mohon dijauhkan daripada apa-apa bencana alam ) ..aku pasti setiap bangunan atas muka bumi malaysia neh akan runtuh sekelip mata , malah belum sempat tsunami datang..sudah jadi padang jarak padang tekukur..

jadi pengajaran yang paling penting yang boleh kita ambil ialah...bina dan lengkapkan bangunan-bangunan dan kediaman-kediaman di malaysia ini dengan sistem tahan gempa@anti-earthquake system..bangunan yang dibina  bukan setakat cantik, malah mesti mementingkan flexibilty supaya tidak mengalami deformation selepas proses gempa berlaku

di bawah nih antara sistem yang telah direka untuk menjadikan bangunan selamat dan tahan gempa..sistem yang dinamakan base-isolation ini merupakan  kaedah yang paling  banyak digunakan oleh bangunan-bangunan di Jepun. sistem ini secara asasnya meletakkan bearing pads di antara bangunan dengan asas kepada bangunan ( foundation of the  building ). Yang berbeza adalah jenis-jenis bearing pads yang digunakan.

gambaran  sistem bangunan yang menggunakan lead-rubber pads:



apabila daya lateral (lateral force) terhasil dari gempa, maka bangunan akan bergerak melawan ke arah daya yang terhasil (inertia)  dan strukutur bangunan akan terselamat tidak akan mengalami proses deformation.
apabila berlakunya movement, masalah seterusnya adalah untuk menghentikan daya kinetik (kinetic force) yang menggerakkan bangunan tersebut..maka terhasillah idea mereka menggabungkan lead dan rubber itu..lead akan memainkan peranan menukar (convert) tenaga kinetik kepada tenaga haba dan membuang tenaga haba tersebut (dissipation process) seterusnya beransur-ansur mengurangkan daya kinetik dan menghentikan vibration bangunan tersebut..how genius they are rite?


selain menggunakan lead-rubber pads, satu lagi teknik base isolation ialah Spherical Sliding Isolation Systems..atau pun bahasa melayunya teknik pengasingan gelunsuran sfera (memandai jek translate sendiri)...kaedah ini menggunakan bebola sfera di tengah asas bangunan dengan menggunakan bearing pads yang disokong oleh permukaan melengkung (curved surface) dan rendah daya geseran ( low friction).

sistem ini menyebabkan bangunan akan bergerak ke atas dan ke bawah (vertical) serta ke kiri dan kekanan (horizontal) ketika proses gempa berlaku..


apa yang aku taip tengahari ini supaya siapa-siapa yang membaca dapat sedikit sebanyak idea.( aku tahu ramai dah tengok video amatur macam mana bangunan kat jepun 'dancing' masa earthquake tuh kan ).bagaimana Jepun manggunakan akal fikiran mereka untuk memastikan kelangsungan dan survival hidup mereka walaupun menyedari gegografi Jepun yang bila-bila masa sahaja boleh lenyap di peta dunia..apa yang diorang telah buat telah sedikit sebanyak mengurangkan korban akibat bencana neh...pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia sepatutnya memasukkan syarat-syarat seperti ini seblum meluluskan projek-projek pembinaan baru..

walau apa cara sekali pun kita buat, kuasa tuhan tetap mengatasi segala-galanya..cuma yang boleh kita buat gunakan akal supaya kehidupan manusia sentiasa bertambah baik..

+ setiap perkataan dalam () merupakan istilah asal engineering.
++ kredit untuk : earthscienceasutralia
+++ aku bukan pure civil atau mekanikal background, just sedikit subjek berkaitan mekanikal dan material pernah amik dulu
++++ memang banyak typing error, sebab malas nak betulkan..hehe

2-0 :

yes..selepas aku terus-terusan terkunci mulut di fire fan liverpool dengan chels***...akhirnya man utd berjaya tamatkan badi kalah tuh semalam...dalam game yang agak sengit dan dengan man utd yang serba tempang penuh dengan injury list..

time first tengok formation..rasa macam nak nangis..hakhak...poyo jek..btw, a weird formation..da silva twins ran the flanker while oshea and gibson danced in the middle..mujur dengan adanya vidic, smalling dan van der sar membentuk satu kubu yang sangat ampuh..hehe

glory-glory manchester united!