Friday, December 23, 2011

maybank

yeah..semalam aku pergi cawangan maybank deakat jb neh..since kad aku dah tak boleh nak detect mikrochipnye..walaupun yang agak pelik, dekat cimb boleh je detect kad bak aku( pelik tapi memang benor yeop!)...ofkos la sebab nak berbelanja, terpaksa la kena pergi tukar jugak..

sampai kat kaunter..aku disuruh isi form then disuruh pergi ke satu kaunter nih, then dekat situ de disuruh sign dua-tiga kali dekat form yang aku isi tadi.

then bila dah sign, kaunter girl tuh boleh cakap macam ni.

" sain awak tak sama la..!"..maksud dia tak sama tuh bila di compare dengan kad laminate maybank aku yang ada isi no akaun dan ic no dan nama..yeah..aku takde buku..just ada kad atm dan kad laminate tuh jek,,

bila aku sain lagi kat kertas..dia cakap lagi

" memang tak sama la.., mana boleh tak sama sain.."

aku tercengang kat situ..

"..the hell.." terpacul perkataan kurang sopan...

seumur hidup aku tak pernah jumpa orang verify sain accurate ke tak..apa parameter entah yang digunakan oleh maybank tuk verify sama ada sain tuh accurate ke tak..sama simetri ke tak..yang penting alat apa diorangukur angle2 dekat sain aku...

of course la sain tak akan sama 100 peratus , aku bagi analoginya macam nih la....kalau kata benda tuh karipap..tak semestinya dia punya saiz sama , keping2 dekat tepi sama banyak bagi satiap karipap..since bentuknya macam karipap dah memang la bendanya karipap...apatah lagi melibatkan tandatangan..mestila tak akan sama ...yang penting bentuknya lebih kurang..

aku tak pasti sama ada maybank ambil pekerjanya tuh de test iq dulu..atau pun warisnya kerja kat situ..ataupun maybank memang de prosedur bangan* nak setiap tandatangan client sama setiap angle..yang pasti..apa guna diambil IC jika nak argue pasal sain..

Tuk maybank, please check ur staff nama azlina di mbb jln larkin..how she working and so on...seriously aku tak paham dan takleh terima bila mana dia cakap tandatangan aku tak sama..however tuk precaution in the future, aku cadangkan agar maybank amik dna setiap client bagi pastikan tiada lagi isu tandatangan tak sama, amik rambut sehelai atau kalau rasa tak cukup lagi bukti..mintak tuala yang diapakai buat mandi..of course DNA sign should be everywhere..

yearh..apa yang jadi last? dia suh aku isi form tuk tukar tandatangan , mujur aku takde dslr time tuh..leh aku aku tangkap gambar tunjuk sama ke tidak...dan aku memang malas nak melayan...isi dan belah...and satu lagi...PR budak tuh memang fail..tak senyum dan tak mintak maaf langsung..yeah..customer always right even the fault on us...

hope budak tuh dapat belajar bersungguh2 di masa hadapan..malukan org jb!

Monday, December 12, 2011

Fed-UP

kengkadang kita lupa baju , kasut, jam, tapak kaki, lidah, mata, akal, ilmu, harta, jiwa semuanya pinjaman Tuhan.


Jadi siapa kita untuk menghukum orang lain.



sistem hierarki masyarakat makin sakit.aku pun sakit.


apa pun tak boleh.dem

Thursday, September 08, 2011

.: [football] :The baby face assassin of malaysia:.

jika sebut baby-face assassin dalam bola sepak , nama OleGunnar Solsksjaer serta merta akan terpacul keluar daripada setiap mulut peminat-peminat Man Utd termasuk aku..siapa yang tidak ingat jaringan minit-minit terakhir final champions league 1999 yang menghancur-luluhkan hati pemain-pemain serta jutaan rakyat Germany yang sudah siap untuk berpesta . Tatkala lambang kelab bayern munich itu sudah dilekatkan di piala dan tatkala itu juga lagenda-lagenda setan merah telah keluar dari stadium tanda kecewa , satu jaringan Ole telah menterbalikkan situasi itu dengan sekelip mata.

ye , hari ini aku bukan nak bercerita pasal Man Utd ,tetapi ingin bercerita tentang seorang player malaysia yang namanya semakin disebut-sebut oleh pengikut perkembangan bola sepak tanah air . Ashaari Shamsuddin adalah pemain dari terengganu yang mewakili pasukan terengganu berumur 26 tahun , cap malaysia pertama ketika bertemu India di Hyderabad , India pada 22/7/08 dan jaringan pertama ialah ketika menentang afghanistan. dimana malaysia membelasah afghanistan . Ashaari ini berjaya menarik perhatian aku bila piala AFF hari tuh.Bila ada kesempatan tengok live match terengganu , sememamngya permainan Ashaari nih memang maintain dari segi teknik dan taktik, sharp dan berbahaya.

tentang ashaari ,ini komen dri commentator masa piala AFF yang aku dengar :

"what a beautiful pass!"
"a Superb strike!"
"Amazing control technic of the ball!"
"A shy lads"
"Down to earth player"
"Unselfish,great teamwork from ashaari

bagi aku , ashaari neh memang de superb teknik, setiap kali dia dapat bola, hantarannya jarang mengecewakan , larian yang deras dan yang penting aku suka tengok dia control bola..terutama apabila ada counter-attack..dan dia jugak capable untuk shot dari luar kotak penalti..

masalah sekarang ramai tertanya kenapa ashaari neh tiada dalam 1st eleven kegemaran k.rajagopal dalam dua2 game yang kalah dengan singapura tempoh hari , sedangkan perfomance ashaari dalam liga super sangat baik.Mungkin ada yang sebab yang kita tak tahu , tapi aku harap dia lebih diberi peluang untuk bermain dalam 1st eleven , kemasukan dia akan lebih memberi lebih  banyak percaturan taktikal dapat dilakukan dalam meningkatkan variasi permainan skuad kebangsaan

Bagaimanapun, itu tidak akan menghalang kami daripada menjemput pemain Malaysia ke sini. Saya fikir (Mohd.) Ashaari Shamsuddin juga adalah seorang pemain cukup berbakat di samping beberapa lagi pemain muda yang akan kami dorong mereka terlibat sama - Pengurus Queens Park Rangers (QPR), Neil Warnock.klik sini


seperti ramai peminat dia sebagai salah satu permain berbakat yang , pendapat peminat ini dikongsi oleh neil warnock dalam sidang video menjawab soalan malaysia yang mana nama ashaari disebut di samping safee , menunjukkan ada keistimeewaan pada pemain ini . Ashaari mungkin masih boleh dianggap raw talent walaupun usia sudah menjangjau 26 , tapi jika diasah bakatnya dengan betul , dia akan dapat capai tahap tertinggi seblum karier dia sampay ke kemuncak (peak time) dalam masa 3-4 tahun lagi). in ashaari we trust! yeah!








Sunday, September 04, 2011

.: toward merdeka parade :.

hari nih sorang itu dengan angkuhnya bercakap tentang bukit kepong..seolah-olah dia bijak pandai tentang sejarah..seolah-olah dia berada di depan muncung senapang, peluru bersimpang-siur di depan mata , mayat bergelimpangan di sisi..seolah-olah , such he is the last man standing holding the flag...celaka ini orang..siapa pun dia..apa pun fahaman dia..tak sepatutnya menidakkan jasa orang dulu-dulu mempertahankan tanah air..


" kadang-kadang , kita lupa dengan apa yang pernah kita ada  "



SELAMAT HARI MERDEKA



p/s : sorang tuh x tahu bila british lambat datang , masa 14 hari komunis mengganas...orang melayu dicari ditangkap dan diseksa serta dimauskkan ke dalam kandang2 b***....pe jenis orang dia neh ^_^


Wednesday, July 13, 2011

when a fellow gone

suatu hari kita akan bertemu dan suatu hari kita akan berpisah. seperti mana roh kita bertemu dengan jasad, kelak jasad ini akan dibiarkan tidak bernyawa sesampainya ketentuan kelak. Hari ini one of my fellow..sahabt dan jugak mentor ku sepanjang aku bekerja telah berhijrah ke tempat yang baru..even situasi kerja baru belum jelas pancaroba nya..but i believe he is so happy to enter new stage in his life..even the path more horrible than before, i believe with his skills he will survive and enjoy his new career

to mohd farist , thanks a lot of ur knowledge u taught me...banyak aku korek ilmu dari kau yang aku rasa sangat2 bermanfaat nak selamatkan nyawa orang..setiap saat berharga masa untuk membaiki machine untuk kegunaan patient pasti akan mendapat balasan yang baik dari Tuhan,.Amin

thanks friend

Saturday, June 18, 2011

anonymous

hari ini..sperti hari semalam, kecoh dan heboh sekumpulan hacker mnyerang dan menceroboh website-website milik kerajaan. grup yang menggerlarkan diri mereka 'anonymous' ini menyatakan sebab utama mereka menyerang atau 'declare' perang terhadap SKMM adalah disebabkan mereka telah banned kebanyakan website hosting yang menjadi sumber download masyrakat malaysia dan juga website seperti wikileaks dan piratebay..

jujurnya , akupun tak setuju jika skmm blok file hosting..sebabnya?korang pun mesti tahu apa kepentingan file hosting neh..hehe..sedikit tentang group anonymous neh...

There is NO hierarchical structure, and thus no leadership in Anonymous. For specific campaigns individuals can be involved more than others, but this normally changes from topic to topic. It is impossible to talk of a common “intention” of Anonymous, as well as exactly tell the number of involved individuals in a campaign, nor to really manipulate or control the movement. Everybody can join in and see the information and statements. If people don’t agree on a specific action or idea, they don’t contribute, but may be in again for the next operation.
The basic structural attributes of Anonymous are:
  • The activists are and stay unknown to each other, thus “anonymous”
  • No designated leadership: “Anyone can lead where everyone will follow”
  • Open information
  • Total free will, every individual decides for itself – grass-roots democracy. Everybody contributes according to his/her interests and capabilities
  • Distributed technical structure
  • Only small common agenda: Defense of freedom of speech at any cost




-We are Anonymous, we are legion, we do not forgive, we do not forget, united as one, divided by zero, expect us.-

Thursday, June 16, 2011

cuti oh cuti

2 hari lepas , aku punya office baru lepas audit external ohsas..sapa tak tau ohsas nih apa, pandai-pandai la google , alhamdulillah semua baik-baik sahaja.tiada ncr dan tiada observation.tahniah untuk semua.
bila dah habis , semua tertunggu-tunggu, mencongak-congak peluang untuk bercuti.

teringat masa kecik-kecik dulu..setiap tahun hari sukan memang meriah. Walaupun aku tak kuat lari ..haha..tapi masa aku darjah 6 , jadi pembaca ikrar hari sukan dah cukup manis..ingat senang ke nak bendera semua keliling and condong kt korang semata-mata respek ritual ikrar tuh..hehe..walau steady camna pun aku..ada part yang tetap aku sangkut time bagi arahan kat pembawa bendera..huh ..nasib;la..

biasanya..lepas letih seharian..part yang paling ditunggu-tunggu mestilah penyampaian hadiah...excited nak tau rumah mana yang menang...dan satu lagi..excited nak dengar pengumuman...

" disebabkan semua dah penat , dengan ini disiytiharkan ...esok hari isnin sebagai cuti peristiwa..!!"



" 3x sorak...hip-hip..horayy!!" ..menjerit sungguh-sungguh hati budak-budak ni sebab seronok..terus tetiba rasa sayang kat guru besar yang garang tuh..haha...

itu time sekolah rendah...


" erm..terima kasih semua..dan tahniah sebab kita berjaya buat yang terbaik..bla bla bla..."

" sebagai hadiah..saya nak bagitau..yang kita akan.."

" ..mengahadapi satu lagi audit next mont..audit xXx...oleh itu...cuti beku lagi...."




aiyak..hampeh betul..memang hidup dewasa ngan budak2 tak sama.






Friday, May 20, 2011

kita dan ibu

errmm...tak sempat nak update...just terbaca dalam satu blog yang aku selalu baca nih..
so nak share gak benda tu kat sini. 

---------------------------------------


Ketika berusia setahun, ibu suapkan dan mandikan kita. Cara kita mengucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit “Tak nak! Tak nak!”

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih ialah dengan memecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas dan berkubang di sungai.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja rumah. Kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu datang ke asrama di hujung minggu. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak menjamah makanan masakan ibu. Sambil meninggalkan ibu untuk makan sendiri bersama adik-adik, kita pergi makan KFC bersama keluarga lain.

Berusia 16 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman. Kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersam kawan-kawan.

Ketika beruisa 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama. Kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu meminta agar kita jangan membazir dengan bergayut di telefon. Kita ucapkan terima kasih dengan menghadiahkan bil tinggi setiap bulan.

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandanagn mengenai kerjaya. Kita kata, “Saya tak mahu jadi seperti ibu.”
Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan seutas rantai emas bersama loket. Kita ucapkan terima kasih dengan rungutan “Kenapa tak belikan kamera dengan zoom lens?”

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, “Ibuuuuu, tooolonglahhhhh…”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusuah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi. Kita dengan megah berkata, “…itu dulu, sekarang zaman moden.”

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung. Kita berkata. “kami sibuk, tak ada masa untuk datang.”

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu telah kembali ke pangkuan Ilahi! Khabar itu bagaikan panahan halilintar membelah langit! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.


Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya.
Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.


Sunday, May 08, 2011

evolusi dalam game

dulu..masa wa kecik-kecik...wa men bmx jek..bila besar skit..
ayah wa dah belikan game tape.atau nama saintifik sket game konsol..
besar perbezaan game konsol ngan game psp yang budak2 zaman sekrang main..
yang paling utama mestilah grafik yang sangat-sangat berubah .

cer tengok pe yang berubahnye!


Cabal vs Battlefield 2

Double Dribble vs. NBA Live’06




Rad Racer vs. PGR 3 ( Project Gotham Racing 3 )

Punch Out vs Fight Night round 3
  


memang berevolusi abesss!


 

selamat hari ibu

untuk ibu saya..

dia memang ibu yang terbaik di dunia.

Monday, April 25, 2011

anak melayu kental..

masih ingat piala suzuki?
masih ingat bagaimana dramatiknya malaysia menang kat gelora bung karno..?

tau tak dicelah2 ribuan laskar merah putih di sana...terdapat dua anak muda yang berjaya menggoncang rasa amarah laskar merah putih tuh..kenapa?

semasa perlawanan kedua..laskar merah putih ini berpakat tidak ada satu pun harimau dicelah2 garuda..namun dua anak muda ini berjaya meloloskan diri masuk ke bung karno...


yang paling dramatik apabila..mereka dengan beraninya mengeluarkan jalur gemilang apabila malaysia diumumkan sebagai juara piala suzuki..ketika itu..laskar merah putih terkesima apabila jalur gemilang tiba-tiba berkibar di stadium keramat mereka...apa terjadi selepas itu..?

mereka dihujani dengan pelbagai objek.dan lepas tuh ditahan bak penjenanyah oleh bapak polisi kat sana...heh..memang wa salute sama korang..



"AFF Suzuki Cup 2010 Championnn..MALAYSIAA!!!!" Boooooo..Boooooo.. itulah sorakan yang mengiringi pasukan Malaysia naik ke podium dan pada saat itu jugalah, tangan kanan aku mencapai bendera di dalam beg dan terus naik kedua-dua belah tangan aku memegang dan mengibarkannya tanda aku meraikan kemenangan dan semangat juang pemain-pemain. Aku nak mereka tahu yang mereka masih ada sokongan dari rakyat Malaysia, aku nak mereka tahu yang ada rakyat Malaysia yang bersama-sama sewaktu pertempuran selama 90 minit tadi, aku nak semua tahu yang bolasepak Malaysia belum mati lagi. Yang berjuang bukan orang lain...tapi orang kita juga!!




nak baca kisah dramatik diorang..pergilah ke blog dia anak memberontak

: dalam botol:

salam..
baru-baru ini..wa da dvd dalam botol tuh..

kenapa wa beli? sebab wa selalu baca karya raja azmi neh dikutuk kaw-kaw dek wartawan hiburan yang dia tak suka tak suka dia...selain tuh..wa de terbaca satu ulasan menarik pasal experimental yang khir rahman neh..

so wa gagahkan diri wa beli dvd tu...wa x minat perlakuan songsang neh k..mintak simpang jauh-jauh..sapa2 jantan cuba ngurat wa..wa tampor dia laju2..hakhak..

neway..n to be honest..

i really like dis muvie..movie nih banyak bagi pengajaran jika kita paham mesej yang hendak disampaikan..

maybe ada sikit part atas katil antara maknyah lee dengan yang partner dia tu..tapi bukan ada bercium pun..mungkin sebab aku laki..tak rasa papa...better adegan tuh dari adegan kemban2 pastu curah air kan..trend muvie masa kini..pelaris gamaknye..haha..

seriously..wa rasa dek banyak wartawan tak suka raja azmi..maybe pasal mulut laser dia..takpun pasal kes dia ngn roslin tuh..diaorang kasik hentam habis2...tapi..mesej dalam muvie tuh..lagi sampai pada medula oblongata aku compare dengan cite kum kum the series yang tahyul mahyul dan tah pape tuh..tak best langsung..


part yang paling terkesan dihati wa...bila si arja lee neh balik kg jumpa ayah dia..then ayah dia cakap...nak dia mandikan jenazah dia bila dia takde..start dari tuh..si arja lee dah cuba kembali ke pangkal jalan...

erm..tepuk dada tanya selera...wa bagi 4 bintang.ok x..haha..wa pun tak tahu....layannnn

Wednesday, April 13, 2011

:daihatsu:

aku tau..kat jb neh ramai kaki convert kereta..dari kancil ke myra, dari proton ke evo..pernah aku tengok orang bawak myvi, tapi pakai lambang honda...tapi yang nih lagi sempoi...terus bertukar...
bertukar..bertukar jadik....



dahsyat beb!..

kepada tuan empunya kereta..sorry yek..hehe


Tuesday, April 12, 2011

.:bukan senang nak senang:.

Lately, ku de lepak dekat kedai mamak ngan kawan..
then, satu scene yang betul-betul melekat kat mata aku..
sedikit rasa insaf terbit dari dalam hati..

kenapa?
aku tau aku tak mampu nak buat macam yang dia buat.
apa yang dibuat ?




seorang pemuda menjual kacang rebus di kedai mamak.
aku respek dengan pekerjaan dia..
yang buat aku aku tersentuh..
setiap kali mangkuk kacang dihulur..adakalanya habis, adakalanya tak disentuh langsung.
bila part tak disentuh tuh, ak tau dia hampa, tapi muka still tenang..tanpa rasa malu..cakap elok2..nak amik balik mangkuk kacang tuh..then berlalu pergi..

agaknya apa yang difikirkan dalam hati dia ea..?
mostly mestilah hampakan..
budak nih muda baya2 aku..tapi serius tabah dia menjual..kalau aku yang penyegan nih, mungkin bila orang dah tak sentuh, terus moral down sket..tapi dia tak..still cool ..
ade gak aku terpikir..dengan badan tegap, muka boleh kata macho..aku rasa kurang2 kerja promoter pun boleh daripada jual kacang..ntah sehari berapa jek untung..tapi dia tetap coollll...

dia buat aku terfikir..kadang2 kita rasa kita susah..tapi sebenarnya ada ramail agi yang lagi susah daripada kita....dan kadang2 kita rasa kita neh kaya/senang/bertuah..kita lupa semua tuh boleh ditarik serta merta jek..dia berjaya buat benda yang aku takleh buat..berniaga mencari rezeki yang halal...berusaha gigih...bukan hanya duduk tunggu pendapatan pasif macam puak2 MLM tuh...seminggu masuk !K ( gile ke hape?)


untuk brother jual kacang, semoga rezeki kamu melimpah ruah selepas ini.amin...







+ mood sedih seyh

Saturday, March 26, 2011

selamat hari polis ke-204!

salam..

masih belum terlambat lagi untuk ucapkan SELAMAT HARI POLIS KE 204.
sesungguhnya penat lelah kalian menjaga keselamatan bumi Malaysia bertuah ini amat-amatlah dihargai.
pedulikan kata nista mereka yang tidak mengenang budi, biar bermandikan darah sekalipun, biar dikeji sekali pun, jasa kalian..hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.


Sunday, March 13, 2011

nilai positif bila putus cinta

......


.......

.......




.........




kan best bila semua towkey-towkey minyak, beras, ayam , ikan , air asia , streamyx , kfc  putus cinta?? semua harga rendah setiap hari..hakhak....takde maknanya...

+ snapped at jom hebohsss




gempa bumi/tsunami di jepun : pengajaran untuk kita (1)



Selepas Aceh, Jepun pulak dikejutkan gempa bumi dan tsunami yang agak dahsyat bagi aku..agak menghairankan tv di malaysia agak sukar bagi live update dan coverage untuk bencana-bencana seperti ini..kalau ada pun just ambil record dari agensi berita lain..

mungkin bagi rakyat malaysia..Jepun sebuah negara maju/ bukan serumpun/ jauh/  tak kena kat malaysia menyebabkan kurangnya kesedaran tentang pentingnya mengambil langkah-langkah pencegahan awal sebelum berlaku sesuatu bencana..

bayangkan jika suatu hari malaysia juga menerima nasib yang sama sperti Jepun , apa akan jadi? ( mohon dijauhkan daripada apa-apa bencana alam ) ..aku pasti setiap bangunan atas muka bumi malaysia neh akan runtuh sekelip mata , malah belum sempat tsunami datang..sudah jadi padang jarak padang tekukur..

jadi pengajaran yang paling penting yang boleh kita ambil ialah...bina dan lengkapkan bangunan-bangunan dan kediaman-kediaman di malaysia ini dengan sistem tahan gempa@anti-earthquake system..bangunan yang dibina  bukan setakat cantik, malah mesti mementingkan flexibilty supaya tidak mengalami deformation selepas proses gempa berlaku

di bawah nih antara sistem yang telah direka untuk menjadikan bangunan selamat dan tahan gempa..sistem yang dinamakan base-isolation ini merupakan  kaedah yang paling  banyak digunakan oleh bangunan-bangunan di Jepun. sistem ini secara asasnya meletakkan bearing pads di antara bangunan dengan asas kepada bangunan ( foundation of the  building ). Yang berbeza adalah jenis-jenis bearing pads yang digunakan.

gambaran  sistem bangunan yang menggunakan lead-rubber pads:



apabila daya lateral (lateral force) terhasil dari gempa, maka bangunan akan bergerak melawan ke arah daya yang terhasil (inertia)  dan strukutur bangunan akan terselamat tidak akan mengalami proses deformation.
apabila berlakunya movement, masalah seterusnya adalah untuk menghentikan daya kinetik (kinetic force) yang menggerakkan bangunan tersebut..maka terhasillah idea mereka menggabungkan lead dan rubber itu..lead akan memainkan peranan menukar (convert) tenaga kinetik kepada tenaga haba dan membuang tenaga haba tersebut (dissipation process) seterusnya beransur-ansur mengurangkan daya kinetik dan menghentikan vibration bangunan tersebut..how genius they are rite?


selain menggunakan lead-rubber pads, satu lagi teknik base isolation ialah Spherical Sliding Isolation Systems..atau pun bahasa melayunya teknik pengasingan gelunsuran sfera (memandai jek translate sendiri)...kaedah ini menggunakan bebola sfera di tengah asas bangunan dengan menggunakan bearing pads yang disokong oleh permukaan melengkung (curved surface) dan rendah daya geseran ( low friction).

sistem ini menyebabkan bangunan akan bergerak ke atas dan ke bawah (vertical) serta ke kiri dan kekanan (horizontal) ketika proses gempa berlaku..


apa yang aku taip tengahari ini supaya siapa-siapa yang membaca dapat sedikit sebanyak idea.( aku tahu ramai dah tengok video amatur macam mana bangunan kat jepun 'dancing' masa earthquake tuh kan ).bagaimana Jepun manggunakan akal fikiran mereka untuk memastikan kelangsungan dan survival hidup mereka walaupun menyedari gegografi Jepun yang bila-bila masa sahaja boleh lenyap di peta dunia..apa yang diorang telah buat telah sedikit sebanyak mengurangkan korban akibat bencana neh...pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia sepatutnya memasukkan syarat-syarat seperti ini seblum meluluskan projek-projek pembinaan baru..

walau apa cara sekali pun kita buat, kuasa tuhan tetap mengatasi segala-galanya..cuma yang boleh kita buat gunakan akal supaya kehidupan manusia sentiasa bertambah baik..

+ setiap perkataan dalam () merupakan istilah asal engineering.
++ kredit untuk : earthscienceasutralia
+++ aku bukan pure civil atau mekanikal background, just sedikit subjek berkaitan mekanikal dan material pernah amik dulu
++++ memang banyak typing error, sebab malas nak betulkan..hehe

2-0 :

yes..selepas aku terus-terusan terkunci mulut di fire fan liverpool dengan chels***...akhirnya man utd berjaya tamatkan badi kalah tuh semalam...dalam game yang agak sengit dan dengan man utd yang serba tempang penuh dengan injury list..

time first tengok formation..rasa macam nak nangis..hakhak...poyo jek..btw, a weird formation..da silva twins ran the flanker while oshea and gibson danced in the middle..mujur dengan adanya vidic, smalling dan van der sar membentuk satu kubu yang sangat ampuh..hehe

glory-glory manchester united!