Thursday, June 17, 2010

Catatan dari kuala [2] - Dalam kenangan..boboy

salam,

aku dengan family aku sangat gilakan kucing.fact.kalau orang luar mesti hairan dan pelik , kenapa dengan family kami..menghabiskan duit untuk kucing , bawak kucing yang tak sihat pergi klinik..btw..ada aku kisah kan?

dari aku kecil sampai besar panjang, berpuluh2 kucing bertukar ganti..bertukar ganti sebab apa, mati dan hilang. dan kucing pun dan sebahagian daripada family aku sendiri. bila keluar berjalan, mak aku risau tinggal kucing dia lama-lama takut lapar.

petang tadi..just dapat call dari my mum, boboy , dijumpai mati dalam longkang tepi rumah jiran. tiada kesan kecederaan teruk , just hidung berdarah.umi mengandaikan dia dilanggar dan mungkin lepas kena langgar dia lari dan jatuh pulak dalam longkang..ajalnye dah sampai kan..:(

boboy kucing yang pendiam .kadang-kadang kami panggil dia bisu. kenapa? sebab sangat susah nak dengar suara.kalau lapar pun dia tak pandai mintak, hanya pandai gesel kepalanya sekuat mungkin kat kaki.tapi kucing yang tak banyak wat perangai ( tapi ada gak dulu pasu pecah)..biasalah..

untuk boboy, terima kasih temani kami sekeluarga ,
just daku sedikit terkilan tak sempat nak bagi dia makan sebelum datang sini dulu..

boboy time kecil and kanak-kanak..:)

pos paling seksi dari boboy yang berjaya ku capture :)

terima kasih boboy.
 


Wednesday, June 16, 2010

cerita dari kuala [1]~~awat hang jadi lagu tuh

cerita ini berlaku 2 ari lepas , aku dengan gori dah berpakat pergi ambil wire LAN dekat wang ulu.
then dalam perjalanan balik, aku dan gori berbonceng perlahan-lahan sambil ambil-ambil angin~~

tiba-tiba..seorang mamat gila bawak motor dengan laju dan cuba memotong sebuah lori kat depan aku.
lepas tuh dia macam tak boleh nak control dan sikit lagi nak terbabas..selang dua tiang lampu dia belok ke rumah dia..aku ngan gori berpaling sekilas pandang ...tengok mamat tuh..dan mamat tuh pun tengok kami balik

tiba-tiba [ wah..tiba-tiba lagi]
tak disangka-sangka, mamat tuh keluar patah balik dengan motor dia.bawak motor sama arah dengan kami..

lepas tuh , aku terdengar suara orang.rupa-rupanya dia hambat kami ,

" awat..hampa nak gaduh ka..nak gaduh ka..!!!"

kami buat tak layan jek..terus gori bawak motor then dengar suara lagi..

" hampa nak gaduh ka..nak gaduh ka!!" ..gila ke apa..tapi dia memang gila..sebab kali kedua dia approach kami dengan helmet dah tanggal..

then aku bisik sambil bincang ngan gori , we decided to just move..hoho..
panas hati tengok orang gila ni..tapi sebab ini tempat dia..dan kami pun ada tugas yang belum selesai kat bumi perlis ni , kami bersifat defensif jek pada tika itu..

lepas tuh aku angkat tangan dan geleng kepala [ katakan taknak ]..dia pun stop approach..
huh..first time cek jumpa road bully neh..hoho..
by the way, for the sake of our life, if there is no other choice , we will fight till die!yeahh..

mesti korang tertanya kenapa orang gila tuh jadi gila lagu tuh...ermm..rasanya sebab dia malu kot time dia potong lori tuh , dah la nak terbabas, then kami tengok je dia sampai dia belok ke rumah dia..tapi tak sangka pulak dia jadi gila camtu kan..huhu..

just abaikan orang simple-mind gitu..cukupla kan..ermm..what a day!


Monday, June 14, 2010

Kenapa kita diuji?

pinjam dari blog my lecturer , En. Yusof.
Kita hanya manusia , kadang-kadang kita tidak betah diuji ~~

 Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


-hamba-Mu ini insan yang lemah, tunjukkan jalan terbaik untukku,,amin~~

Sunday, June 13, 2010

hai

dah lama tak posting..
penat memerhatikan dunia , semakin hidup semakin banyak yang dipelajari ,
dan tika saat remaja beransur-ansur menjengah dewasa , acapkali perubahan metaliti dan paradigma mesti dibuat..setiap keputusan yang akan diambil menetukan jalan mana yang kita akan pergi..ermm...susah..tapi perlu lalui gak..

adios untuk kali ini.
kepada sahabat-sahabat yang terasa , maafkan saya.saya juga insan biasa