Sunday, April 25, 2010

deep inside ii

masa kian hampir..
sesak kepala memikirkannya..
takut ..bimbang..
macam-macam dalam kepala ni..
nak lepaskan klimaks sem nih..
plot-plot yang tersusun dalam novel cinta sem ini..
pengakhirannya bagaimana..


huh...aku risau last paper dan viva..

boleh tak aku nak tahan masa macam nih..


damn!..aku pasti setiap jantung rakan-rakan aku pun berdegup kencang bukan main bila fikir pasal nih..

ber-blogging

ada orang bertanya..kenapa tulis panjang-panjang dalam blog macam karangan.Aku gelak aje..yup..memang aku suka tulis panjang-panjang.Tapi depend dekat mood gak..hehe

blog ni bagi sesetengah orang tempat meluahkan perasaan..ada yang untuk promote bisnes..dan macam-macam lagi.Setiap orang ada caranya yang tersendiri. Bagi aku , blog nih tempat punya suka owner tuh nak cerita apa..so kalau nak baca , baca..kalau tak nak pun tak larang :D.

semoga apa dikongsi kat blog aku dapat tambah ilmu untuk yang membaca. Kadang-kadang dalam seharian kita hanya kejar perkara-perkara yang major macam exam , duit , kerja dan sebagainya , tapi kita lupa nak ambil tau benda-benda yang minor macam komuniti , tumbuh-tumbuhan , haiwan dan alam sekitar [maksudnya benda yang kurang memberi kesan dalam hidup kita ]. Senang cerita , walaupaun kita seorang engineer , kita tak boleh jadi seorang yang berada dalam dunia engineer semata-mata , patut kita tanamkan tekad untuk menjadi ahli ekonomi , falsafah , matematik , arkeologi  dan pada masa yang sama , barulah kita menjadi orang yang betul-betul berguna dan dapat memberi manfaat  kepada masyarakat. 

Semoga setiap apa yang kita pelajari dapat mendekatkan diri kita kepada tuhan dan memberi manfaat kepada makhluk-makhluk lain di atas bumi kita ni..

erm , berbalik kat topik asal [jauh berlari.hehe] , nak baca ke tak blog nih terpulang. Up to you :)


online bisnes

online bisnes



just rasa kelakar bila sana-sini promote..join bisnes itu dan ini , bekerja dari rumah , goyang kaki..cukup sebulan duit semua masuk ribu-riban..bermodalkan duit yang sedikit..minggu depan anda boleh shopping sakan..

tapi sedarkah kita , semua 10 bilionnair di malaysia tidak duduk menunggu duit sambil goyang kaki di rumah..
mereka tidak memperolehi kekayaan dengan modal yang sedikit..mereka juga tidak hanya menggunakan mulut untuk memengaruhi , mereka menggunakan kudrat, tenaga dan akal untuk mendapatkan untung yang berlipat-lipat ganda

lihat bagaimana tan sri syed mokhtar albukhary , beliau mendapat kekayaan bukan datang bergolek atau turun dengan sekelip mata..beliau bermula dengan perniagaan menjual daging-daging lembu kepada pengusaha kedai makan. Usaha gigih yang bertahun-tahun itu sedikit demi sedikit membuka peluang beliau mengembangkan perniagaan beliau sehingga ke kedudukan yang beliau dapat hari nih

begitu juga lim goh tong, dia juga bermula dari bawah. sebelum membina empayar kumpulan genting yang besar , dia juga bermula dengan satu langkah yang kecil. Juga bill gates , untuk menjadikan dia manusia terkaya di dunia , bukan hanya menongkat dagu di depan komputer , dia menggunakan segala akal yang dianugerahkan oleh tuhan untuk membina sistem window dan juga syarikat microsoft.

tidak dinafikan , segala kekayaan , harta yang dimiliki merupakan pinjaman dari tuhan , kita tidak berhak mendabik dada atas semua 'pinjaman' yang diberikan. namun untuk mendapatkan apa yang kita hendak , kita hendaklah berusaha dan yang seterusnya rezeki yang kita dapat adalah kurniaanNya.Tanpa usaha , tak akan dapat hasil yang kita inginkan.

sejujurnya , bagi aku , bisnes online yang betul-betul nampak 'bisnes'nya adalah jual beli melalui internet macam mudah , lelong dan ebay. dan satu lagi merupakan bisnes iklan sebab selalunya setiap iklan ada komisyennya. Selain itu , bisnes yang menjanjikan kekayaan dengan modal yang rendah dan tanpa usaha itu agak meragukan [ mungkin ada lagi bisnes yang lain yang betul-betul bisnes yang aku tidak tau ].Yang penting kita kena tahu , tidak ada rezeki yang datang bergolek , tidak ada kekayaan tanpa usaha dan kerja keras..

untuk renungan , 50 kata-kata terkenal syed mokhtar albukhary..

50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak
mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang
Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita
dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu
kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju
kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang
saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu
saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan
jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula . Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya
satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu
kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi
wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih,
tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air,
ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat
banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau
saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.





deep inside i

wahai tuhanku,

tetapkan imanku,
berikan aku ketenangan ,
tabahkan hatiku dalam setiap dugaan,
permudahkan lah urusan ku ,
kurniakanlah ilham dan ilmu terhadap perkara-perkara yang aku tidak tahu ,
berikanlah aku ilmu yang betul-betul memberi manfaat kepada ku dan juga kepada rakan-rakan ku yang lain..

amin..


Saturday, April 17, 2010

kota melaka : menembusi tembok silam

Kalau roboh kota Melaka
Papan di-Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di-kata
Badan nyawa saya serahkan
 siapa yang tak pernah belajar sejarah? sekurang-kurangnya tahu apa itu sejarah. Dulu masa belajar sejarah sekolah menengah, siapa yang tak pernah tidur , tersengguk-sengguk menahan mengantuk dan ada yang lebih menarik lagi , cikgu yang tolong kejutkan lepas habis belajar..

yang paling seronok pun time belajar sejarah , nota paling cantik sekali banding ngan nota-nota subjek lain , ada colour warna warni , peta minda , point , tulang ikan dan sebagainya. Tapi lepas exam , kitab-kitab yang dikarang itu hanya disimpan dalam kotak atau dibuang begitu sahaja..

kenapa begitu? sejarah telah diolah sebegitu bosan sehingga kepala tak boleh masuk , mata pun tak boleh melihat..asyik nak tidur..malah fakta-fakta tak langsung membangkitkan minat..cuba bayangkan apa yang kita minat , contohnya pasukan kesayangan bola sepak..untuk peminat manchester united , tanyalah apa pun dari sejarah kelab , tragedi munich , champions league 1999 , walaupun jarak beribu batu dan kadang-kadang peristiwa yang berlaku kita belum pun lahir , kita tetap dapat memberikan fakta dengan tepat.kenapa? kerana kita minat , dan dari sejarah yang kita baca , lagi membangkitkan minat kita terhadap sesuatu itu..

jadi kenapa kita bosan dengan sejarah kita?
sebabnya sejarah bangsa dan tempat asal-usul kita nih telah digubal , diubah dan ditopup sana sini oleh para-para orientalis barat..kenapa mereka mengubah sejarah? apa faedahnya kepada mereka?

sebelum itu ye rakan-rakan, tahukah anda bagaimana sejarah melaka telah diseleweng dan diubah sehingga hanya nampak gah , namun melutut jua di kaki portugis yang bangsat itu,


[1] armada angkatan laut melaka sangat gagah perkasa pada zaman dahulu .hulubalang negeri melaka tidak hanya berperang dengan keris dan tombak , malah mereka mempunyai meriam-meriam yang sangat canggih , kapal-kapal yang sangat hebat mengawal lalu lintas para pedagang.Ketika eropah baru merangkak keluar dari zaman gelap mereka , kerajaan-kerajaan melayu gah dengan teknologi dan peradaban mereka yang berkembang pesat. Malah ketika kemuncak zaman kesultanan melayu Melaka, mereka sudah pun bernaung dengan kerajaan khalifah uthmaniyyah di Turki , mempunyai hubungan diplomatik dengan China , malah mempunyai hubungan yang kuat sesama kerajaan lain di kepulauan melayu.


[2] kedatangan portugis bukan disebabkan rempah ratus , tetapi untuk melancarkan perang salib ditimur.meluaskan pengaruh kristian di timur. Permulaan mereka dengan mengacau orang-orang Islam yang hendak pergi menunaikan haji.Kemuncaknya mereka mencuba untuk memasuki melaka. Tapi kerajaan melaka ketika itu yang sudah pun bersedia apabila mengetahui onar yang mereka lakukan.Namun kekuatan armada melaka dan keteguhan kota melaka menyebabkan cubaan mereka gagal. Kenapa mereka jatuh ? ya , mestilah disebabkan adanya pengkhianat dari dalam yang membuka benteng kota melaka , dan dari sumber lain menyatakan ada kapal melaka dapat ditawan dan portugis menggunakan kapal itu untuk rapat ke benteng kota melaka. Kerajaan Turki Uthmaniyyah dikatakan ada mengirim armada untuk memberi bantuan bagaimanapun disekat ditengah jalan .

:: gambaran artis serangan portugis keatas kota melaka ::


[3] kota A farmosa dikhabarkan dibina oleh portugis itu asalnya adalah dari kota melaka , portugis hanya menambahbaik dan mengubah sedikit struktur supaya kelihatan  seperti dibina oleh mereka , walhal itu adalah warisan dari kerajaan melaka.Kota Melaka sangat kebal .


Apabila kesultanan melayu melaka jatuh , perjuangan menentang portugis disambung oleh Aceh dan kerajaan johor tua ( waris kesultanan melaka) . kedua-dua negeri itu bertubi-tubi dan silih berganti menyerang melaka untuk memerdekakan orang Islam di sana , malangnya kekebalan kota melaka yang dijadikan kubu oleh portugis sangat ampuh untuk ditembusi.Dikhabarkan , selepas penaklukan portugis , mereka membongkar kubur-kubur pahlawan , alim ulama , meroboh masjid-masjid dan membinasakan istana melaka untuk menggunakan batu-batu dari binaan tersebut untuk memperkukuhkan lagi kekuatan kota melaka [ Tentera Portugis merupakan  satu bangsa yang zalim dan kejam. Makam-makam dan kubur para pahlawan semua dibongkar. [ Makam Hang Tuah berjaya diselamatkan apabila orang tempatan menyebutnya Makam Tua untuk mengelirukan Portugis]. Sebab itu warisan istana Melaka yang indah itu tidak dapat diketahui tapaknya sehingga hari ini.


[4] A Farmosa sangat kukuh , buktinya bedilan meriam gagal untuk menghancurkannya.Serangan dari Aceh yang disokong dengan kelengkapan artileri bantuan daripada kerajaan turki uthmaniyyah juga gagal menembusinya   (* A Famosa sangat kukuh. Bedilan meriam tidak mampu memecahkannya. Dalam Hikayat Abdullah kalau tidak salah saya, Munsyi Abdullah menulis bagaimana susahnya kota ini hendak dimusnahkan oleh pihak Inggeris selepas mereka memperolehinya melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Pelbagai cara digunakan namun kekebalan A Famosa sukar digugat. Hinggalah akhirnya pihak Inggeris menanam bahan letupan yang kuat di bahagian bawah setiap dinding dan meletupkannya, barulah batu-batu itu tercabut, melambung dan pecah. Yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya saja sebagaimana hari ini. Mengapa Inggeris sengaja memecahkannya?……..)

[5] Bukan sahaja Aceh dan Johor , banyak lagi kerajaan kecil di nusantara ketika itu memberi bantuan untuk membebaskan melaka dari penjajah , namun gagal kerana kebalnya Kota Melaka

Banyak lagi , fakta -fakta yang dikaji menunjukkan sejarah bangsa dan negara kita banyak diseleweng oleh para orientalis . Tujuannya ialah untuk mengelakkan kebangkitan orang-orang melayu islam yang merupakan tuan kepada tempat yang dipanggil semenanjung emas oleh ptolemy ini.

Sebagai contoh , memberontaknya orang-orang Pattani di Selatan Thai kerana kerajaan Thai yang mengambil tanah Pattani yang merdeka  , yang mempunyai kesultanannya yang tersendiri [ kesultanan Melayu Pattani] secara haram dan tidak sah. Begitu juga perjuangan orang-orang di mindanao yang hendak membebaskan tanah air mereka yang merupakan sebuah kerajaan berasaskan kesultanan sulu yang dijajah oleh filippina dengan bantuan sepanyol.Dan juga orang-orang Aceh yang berperang dengan pemerintah Indonesia kerana hendak membebaskan negeri mereka yang diambil secara tidak sah ketika pembentukan Indonesia oleh sukarno [ Aceh merupakan sebuah kerajaan Islam yang turut mempunyai kesultanan Melayu ]. Bangkitnya mereka memperjuangkan hak mereka kerana mereka memahami sebetul-betulnya sejarah bangsa , agama dan negeri mereka.

cuba bayangkan jika sejarah kita tidak diolah dan diubah oleh para orientalis..adakah kita masih memperjuangkan kemerdekaan dengan cara rundingan? 

sejarah bukan untuk dibaca , ia hendaklah dikaji ..buka hanya untuk diingati , tapi untuk mencari diri dan erti..





... kasihan Sultan Mahmud. Airmatanya melimpah ketika mudik di Selat Melaka untuk meninggalkan tanah Melaka bumi bertuah. Tidak putus dia menyesali kecuaianya dalam mentadbir Melaka. Biarpun baginda mendapat Tun Fatimah yang Jelita, tapi baginda kehilangan kerajaan Melaka yang diwarisi dari nenek moyangnya. Melaka kemudiannya ditangan penjajah untuk  ratusan tahun lamanya. ..





[artikel ini disusn melalui pembacaan berdasarkan kajian yang diperolehi di internet , jika ada pihak yang inginkan kredit , just pm me :) ]