Sunday, March 14, 2010

mari bershuffle



semua orang tau apa benda tuh shuffle , '
lagi budak-budak sekolah , tiap-tiap hari nak bershuflle ..
kat perhimpunan , beratur beli makanan hatta tengah kena sebat dengan cikgu pun boleh bershuffle..haha..neh tipu jek...


tapi pagi neh..kepala weng tambah pening-pening lalat..
macam nak pitam ngadap laptop berjam-jam..
nak tidur tak boleh sebab minum nescafe..


tak tau nak buat apa..
yess..bershuffle macam orang gila sorang-sorang..hahaha...


lantakla korang nak kata apa.


yang penting aku happy sorang-sorang pagi neh :D .lols


        budak nih pun shuffle gak tau..haha :D

mood :: kepala weng weng


Saturday, March 13, 2010

ikut sangat kata hati , terima sajalah akibatnya..amanlah engkau disana



hari ini pagi-pagi mata terpisat-pisat lepas bangun , terus mengadap laptop yang sedia on 24 jam x 7 hari seminggu..cam biasa , pagi-pagi pasti menelek dan mentelaah berita . Apa khabar dunia pada hari yang lepas.

arhgh..bosan
ada lagi cerita pasal lombok . seingat aku , bilangan gadis-gadis yang dilarikan ke sana , dan dilarikan ke sini balik. rancangan realiti tv ke apa ni?..tapi hari nih bukan mak gadis , tapi mak kepada gadis , sampai bercerai-berai rumah tangga dia. huh , tak habis-habis cerita nih


then , bila dah sampai sana , mula menyesal , merayu-rayu dan terlolong-lolong mintak dibawak balik..
bagi aku , pandai pergi , pandai lah balik sendiri ..menyusahkan orang dan lagi satu membazir..
kos nak bawak balik tuh , bukannya sikit..kalau bagi kat orang miskin duit yang digunakan , dah boleh bagi diorang kenyang untuk beberapa hari..

informer aku , bibik dari jogjakarta [ wah..siap ada informer..haha ] ..dia kata setiap orang indon yang datang kerja kat malaysia , diorang mesti ada ilmu yang dibelajar , baik cowok-cowok atau cewek-cewek..tak hairan pun..bangsa melayu dan jawa sangat tinggi tahap ilmu spritualnya..mujur bibik nih ok , dia kuat sembahyang..

seingat aku masa mula-mula kecik dulu , time aku baru mula-mula duduk johor , ayah aku ada bela ikan puyu , sebab ikan puyu tuh akan neutralkan ilmu-ilmu pukau mat indon nih .Diorang siang buat rumah , malam dorang pecah rumah . Sebab dorang yang buat , konpem la tak payah ada blue print , semua selok belok dalam rumah diorang dah tau..

untuk member-member aku , bila berada ditempat awam , bertemu mat indon yang tak dikenali :
1)elakkan bercakap dengan diorang .
2) jangan pandang muka especially mata 
3) atau tengok cincin diorang
4) makan apa-apa yang diorang bagi
5) senang cerita nampak je indon tak kenal , lari jauh-jauh
insyaAllah , tak akan kena ilmu pukau diorang.
bukan aku neh prejudis terhadap mat indon , tapi hakikatnya pendatang asing terutama dari Indonesia lah paling banyak buat hal. Pernah ayah aku cakap betapa susahnya polis nak jaga johor nih sebab dekat dengan indonesia. Apa yang paling dahsyat , ada diorang datang masuk malaysia untuk menyamun jek ( johor sangat dekat dengan batam , pakai bot laju dalam 20 minit je sampai tau )

bagi aku kebaikan dorang neh sikit jek :

1. membantu mengurangkan masalah tenaga kerja dalam sektor pembantu rumah , perladangan dan pembinaan.

tapi keburukan diorang :

1. masalah sosial la ; menyamun , merompak dan bergaduh. Penyamun paling bahaya , sebab dorang neh takde rasa belas langsung kat mangsa

2. merosakkan pemandangan , bila keluar bandar sabtu ahad , penuh ngan muka-muka diorang .apatah lagi hari raya , menimbulkan rasa takut dan tak aman pada rakyat malaysia sendiri.kalau kat danga bay hujung minggu penuh diorang , bosan betul

3.melarikan anak gadis ( walaupun dorang sangat tak gentle buat lari budak bawah umur )

4. membentuk populasi yang sangat besar , kalau la terjadinya perang , indonesia tak payah hantar askar pun , rakyat dorang yang sama ada berada secara halal atau haram hampir 2 juta ramainya kat malaysia neh..

5. mengalirkan wang malaysia sebanyak-banyaknya kat indonesia, nasiblah kan dah orang malaysia malas kerja..

tapi sebenarnya masalah yang paling membimbangkan mestilah jenayah dan sosial.duduk kat taman pun , 24 jam aku kunci gate , bahaya..

kerajaan , tolonglah reduce kan jumlah diorang..lebih banyak keburukan dari kebaikan...



senggugut

Dah lama tak menulis ,
hari-hari seolah sunyi sepi jer..
so  just curi masa untuk sekadar mencoret
sambil-sambil otak ligat berfikir ..

sekarang akademi fantasia dah pun bermula ,
anak-anak muda yang perasan suaranya sedap , telah pun bersiap sedia 
bersiap sedia menjadi bintang , kononnya lah..haha

aku pun pernah gak ditawarkan menyertai pertandingan ala-ala AF nih masa sekolah rendah dulu
pertandingan ini walaupun takde undi sms , dan banglo mewah , apatah lagi konsert- konsert mingguan
tapi , siapa-siapa yang masuk , mesti rasa cam bintang , sebab akan ada pemuja-pemuja rahsia ( secret admire ) dikalangan penonton selepas tuh..haha

nak tau pertandingan apa..
ha..


: : PERTANDINGAN BERCERITA : :

alkisahnya pada suatu hari ,masa tuh darjah enam , cikgu sains aku merangkap cikgu kelas aku panggil aku dan seorang lagi kawan aku nama dia wani ( tak silap aku la )

cikgu A :"  luqman dan wani , kamu berdua terpilih untuk mewakili kelas kita dalam pertandingan bercerita . Saya nak kamu cari cerita , lepas tuh berlatih dan tunjuk depan saya "

aku : haaa...( berkerut muka , macam nak pitam pun ada ..haha).Kalau tak nak tak boleh ke cikgu...

Cikgu A : tak boleh , saya dah pilih dah dan saya tak nak tukar orang lain

aku hampa . tapi kawan aku tuh excited la pulaknya..siap ajak aku pergi library lagi cari bahan
sifat pemalu aku ketika sekolah rendah menyebabkan aku kurang berminat benda-benda glamour gini..haha..

then , 2 hari kemudian ,
aku pergi jumpa lagi cikgu tuh.prepare buat muka sedih sikit , konon-konon cikgu akan cair tengok muka innocent aku neh , lantas melepaskan aku dari terjebak ke dalam pertandingan yang aku tak suka ni..maunya tak suka , duk depan orang bercerita dengan nada dan intonasi yang kelakar bagi aku , sambil wat gaya..haha..aishh..tak maula..budak kecik je masuk..( perasan besar dah time tuh )..akhirnya , cikgu lembut gak hati tengok aku mintak-mintak ngan dia , tapi dengan satu syarat...

" kamu kena buat surat hantar kat saya esok "

sakit gak hati , aku tak suka buat-buat surat nih , kalau dalam karangan , konpem aku pilih tajuk autobiografi , rela pilih tajuk aku sepasang kasut daripada buat karangan surat

then , terpaksa gak..perah otak untuk mencari alasan..akhirnya otak bergeliga nih bagi gak alasan yang aku rasa paling kongkrit pada masa tuh..nak tau alasan apa..aku cakap aku darah gemuruh , tak boleh bercakap depan orang..lolss..kalau diingat-ingat kisah ni, mesti aku gelak guling-guling sorang -sorang

**********************************************************************
esok , time rehat , awal-awal lagi aku menapak pergi library , nak serahkan surat..
kebetulan cikgu tuh pun ada..aku terus bagi dengan muka berseri , tanda bakal berakhirnya konflik dalam diri aku nih ..lolss

cikgu tuh terus buka dan baca , dia senyap jap...
then , tiba-tiba



" kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah "

dia gelakkan surat aku.....
panjang , tak berhenti-henti..
" apa la salah aku  ni. ... " monolog dalam hati jap


tak cukup dengan tuh..korang tau cikgu aku nih buat apa ,
dia panggil kak mas yang bekerja sebagai tukang sapu , yang kebtulan dia pun tengah sapu dalam library tuh
dan yang sadisnya..dengan kak mas sekali...

" kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah "

dia pun gelak gak , sama kuat pulak tuh..
seingat aku , aku takda letak ayat-ayat cinta pun dalam tuh..

then bila dia dah puas gelak ,
dia panggil aku dan tunjuk surat tuh


kepada cikgu A,

menarik diri dari pertandingan bercerita

1. xxxxxx xxxxx xxxxx xxxx xxxxx xxxxx

2. Sebab utama saya ingin menarik diri ialah kerana saya mempunyai masalah darah senggugut.....

3. xxx xxxx xxx  xxx

yang benar ,
L.H

perrgghhh , maluuunyaa....
sekali kena gelak lagi dengan cikgu tuh , yang kak mas nih duk sengih-sengih kat aku..
" darah gemuruh bukan darah senggugut tau " cikgu membetulkan ayat tuh dengan senyuman yang menyakitkan hati aku time tuh..haha,,malu tak terkata

lalu aku berlalu dengan sayu , pilu..mengenangkan nasib aku menjadi bahan tawa kepada 2 orang manusia pada pagi itu..
nasib baik , dia bagi aku tarik diri..hahaha

korang kalau nak tulis surat , check betul-betul..
malu seyh kalau jadi macam nih