Sunday, February 28, 2010

mengapa yahudi bijak [artikel pilihan]

Ditulis Oleh Hakim Ma抮uf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset
USA.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah .. tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


[ artikel neh di ambil dari sebuah blog( tak ingat blog mana ) since he also copying from another source , so its doesn't matter to share dis story :) ]

[ dari artikel neh , beberapa benda yang menarik perhatian aku ialah aspek pemakanan , macam mana yahudi pun tak makan kepala ikan , makan buah-buahan dulu seblum makan dan ikan tidak di makan bersama-sama dengan daging..ini semua seperti yang dianjurkan oleh nabi kita..sunnah nabi kita..tapi kita jarang atau terlupa mengamalkan..sedangkan aspek pemakanan tuh sendiri akan membentuk daging-daging dan darah yang baik..tetapi kaum yahudi neh sendiri mengamalkan apa yang diajar oleh nabi ]


[ sekadar berkongsi..renung-renungkan ]


[selamat menyambut maulidur rasul , hari kelahiran kekasih kita nabi muhammad s.a.w ]


Tuesday, February 23, 2010

pembantu salun dikehendaki

semalam aku pergi kangar ,
biasalah duit takde , camna nak shopping kat kayangan square ( haa..orang kl mesti tak sangka kat perlis pun ada square2 nih). Cam biasalah , nak duit pergi lar amik kat penaja aku bank.

then aku nampak kat satu salon n spa  tuh..
sebelum-sebelum ni , aku tak pernah amik kisah pun pasal salon n spa ni , apatah lagi nak try masuk

tapi hari nih aku rasa nak amik kisah.kenapa yek..

semua selepas aku tengok yang ini..

 

maksudnya salon ini hanya dibuka untuk wanita sahaja
lelaki dilarang masuk

tengok sikit iklan kerja kat bawah tu
kasi zoom sikit..


jeng jeng jeng..haha
salon ini tengah cari pekerja

kenapa cari pekerja lelaki?
salon n spa nih khusus untuk wanita , kenapa perlu ada pekerja lelaki.

yang biasa duduk kat kaunter mestilah perempuan kan..
lagi-lagi spa untuk wanita sahaja

habis lelaki nih nak kerja apa kat sini..

hah..lu pikir lah sendiri!

aku rasa aku berdisplin , jujur dan amanah..boleh mintak tak agak2?.haha

wa rasa mau anta spy masuk la...sapa nak angkat tangan!hehe

Monday, February 22, 2010

anak bandar vs anak kampung

sesetengah orang lahirnya di bandar. Keluar dari perut  masa mak beranak , doktor dan cik misi yang sambut. sedar-sedar dah ada kat hospital KPJ , tak pun Glenmarry , pastu bila balik rumah dah siap katil baby yang sangat cantik ,ada hias dengan bunga-bunga.

tuh belum lagi mainan-mainan yang bergantungan. dah siap ada kawan iaitu teddy bear yang besar- besar. then mak bagi susu dutch lady 1 2 3, nespray dan macam-macam lagi susu yang sangat berkhasiat dan sedap
                                                          
tidur kadang-kadang ibu pasang lagu-lagu instrumental sikit .petang-petang ibu bawak jalan-jalan ngan keta sorong.

hari demi hari makin besar , mak beli buku-buku bagi pandai , kenal ABC. yang ada duit banyak sikit , beli laptop elektronik tipu yang boleh kuar gambar bila tekan huruf.semua nak bagi semua pandai

besar sikit lagi mak bukak cerita-cerita kartun kat astro , konon-konon nak bukak minda anak-anak , bagi pandai B.I

dah besar sikit lagi , mak belikan PSP. " nah..duduk situ main game..jangan kacau mak.." kata mak.

membesarlah anak-anak bandar dengan suasana penuh teknologi .penuh gajet kiri kanan.



tapi ,
anak-anak bandar tak rasa macam mana anak-anak kampung

lahir-lahir kat rumah bidan , kalau mak bidan tuh macam neng piah yang muka seram-seram sikit , sure baby tuh menangis sekuat-kuat hati. mak ayah menangis gembira , bayi tuh menangis seram.haha.ok tambah jek

then tempat tidur paling special mestilah atas toto. ada tutup dengan tudung saji lagi. tapi okla , setengah tu ada renda-renda mak letak..cantikla sikit.

mula-mula standard la , mesti minum susu ibu. then bila susu ibu dah habis , dapat susu yang biasa jek.

then ibu akan gantung dekat buai yang gantung kat tengah rumah , buat dengan kain batik.kalau laju mak ayun , cepatlah tidur. kalau tak boleh tidur jugak , kenala mak sumbat dengan botol susu sikit

 :: kampung boy oleh datuk lat ::

kalau ibu pergi jalan , kadang-kadang balut dengan kain batik je bawak. kalau ibu yang brutal sikit ,silang kain batik dekat badan , then letak je anak dalam tuh..

dah besar sikit , ibu bagi jek anak golek-golek belajar jalan sendiri.kalau ada duit lebih beli jugak mainan kat pasar malam

bila dah besar lagi main lah sendiri mak kata. kalau yang perempuan tuh standard lah , main masak-masak dan kawin-kawin.haha.tak pun main tepuk-tepuk tangan sambil nyanyi lagu "disember pasport"

 :: zaman sekarang main kawin-kawin pun ada pelamin ek ::
credit gambar : ainulamla

anak laki? merata lah ngan kawan dia.main lastik burung ke.cari pokok-pokok kat kampung pastu panjat ramai-ramai


patutlah anak-anak kampung nih lasak kan..

tapi tak semua anak bandar macam tu , anak kampung macam tu..
tapi apa yang orang bandar rasa , orang kampung tak rasa
apa yang orang kampung dapat , belum tentu orang bandar dapat kan..

kalau korang ada peluang , cuba lah rasa dua dunia nih ek..

teringat kisah aku kecik-kecik dulu..

usia dalam  4 tahun kot..diceritakan oleh mak aku..

masa tuh nak balik kampung..
aku lahir di kelantan , tapi dibesarkan di Johor..

sampai kat kampung, aku memerhatikan gelagat orang kampung dengan perasaan aneh

terasa mereka nih jahat pun ada..

tanpa buang masa terus aku tanya ..

" umi..nape orang tuh ikat leher anjing hitam tuh..kesian lah dia..tarik dia.."

umi aku gelak aja..


dalam hati dia cakap " kesian anak aku..balik kampung anjing ngan kambing pun tak kenal.."


bila aku fikir-fikir balik..

umur berapalah aku kenal angsa ek ?


Monday, February 15, 2010

pasar karat , johor bahru

aku selalu dengar betapa gembiranya member-member aku dengan bangganya menceritakan macam mana seronoknya mereka tawaf di uptown dan downtown area-area kl tuh. Tambah-tambah lagi bila mereka menunjuk selipar croc mereka (tanda beli kat situ la tu :P ). semalam aku baru tau kat JB nih pun ada tempat ala-ala uptown gak., nama tempat tuh ialah pasar karat .dah 3 tahun lebih kat sini pun tak tahu ada tempat neh.haha

lokasi betul-betul kat center JB . bukak daripada pukul 10 sampai pukul 1 tak silap.
memang menarik , macam-macam yang ada .dari baju , kasut croc , barang-barang antik , perhiasan dan barang-barang recond. dan tak lupa jugak , ada live band dan live zapin untuk pencinta-pencinta seni.:)

untuk yang belum sampai ke JB , jangan lupa singgah pasar karat bila korang sampai nanti.


barang-barang lama banyak boleh jumpa kat sini.termasuk tepak sirih.mak aku kata orang dulu-dulu guna tepak sirih untuk meminang orang.haha

yang ini jual barang-barang lama dan recond.raket tenis tuh sangat antik.design yang dah tak ada zaman sekarang

penjual koleksi coca-cola.banyak lagi barang brand coca cola yang dijual



luqman : gambar yang lain rosak sebab shake.huhu..nak tau kena datang sendiri


soundbite : idol , idola

anda berbakat?
anda pandai menyanyi?cukup pakej?
rasa diri ada rupa? jangan ragu-ragu , terus sertai


hari ini , aku kebosanan . Mata tiba-tiba terlekat di screen tv. terpegun.panjangnya barisan ujibakat AF di the zone hotel jB. aku tidak teuja menunggu musim yang baru ini , jauh sekali prepare tisu-tisu untuk saat-saat penyingkiran.

bosan. melihat prgram yang semakin mengarut-ngarut. Melihat Jimmy stanley ( pengacara AF yang baru) menemubual para-para 'bakal' bintang.

peserta 1 : makcik .berusia 43 tahun.dekat-dekat usia dengan ibu aku. apabila ditanya apa anak-anak kat "anak-anak suma nyokong " katanya

peserta 2 : baru lepas accident , gigi depan atas patah empat pada perkiraan aku.kaki berbalut simen.

peserta 3 : ditaja make-up oleh mak andam .2 jam setengah pun belum siap lagi make-up sponsor tuh

perserta 4 : kakinya cacat dari kecil.tersalah urut katanya.aku kesian .kesian yang banyak makna

tuh antara segelintir lagi.banyak lagi ragam manusia. yang penting , kenapa begitu bersungguh-sungguh hendak masuk program ini.

menjadi glamour kah? bintang? berapa kerat saja yang kekal bintangnya.yang lain sudah menjadi tahi bintang pun.

berjiwa seni? minat seni ? bagi aku jika betul-betul minat seni , banyak cara yang lagi tampak bermakna.
aku bukan tidak meminati seni , suka sangat tengok teater , filem-filem yang mempunyai maksud tersirat , bacaan puisi dan karya-karya yang digarap dengan nilai-nilai kehidupan

akademi fantasia bukan platform seni bagi aku.hanyalah sebuah fenomena , dan budaya hendak glamour cepat.jika dihitung daripada jumlah yang ber'graduasi' , berapa keratkah yang kekal di persada.
sedangkan yang lain jatuh tersembam satu persatu. tiada hala tuju.

tidak dinafikan , aku minat aizat ( caranya berkarya) , contoh pelajar yang berjaya pada perkiraan aku. itupun atas usaha gigihnya mencipta lagu-lagu sendiri.

budaya glamour ini bukan aspirasi berasaskan seni. hanyalah penyerapan budaya sampah dari barat. idola katanya. Idola yang aku sendiri pun tak tahu. kasihan. lagi kasihan bila makcik-makcik berumur pun turut dibawa arus-hendak-glamour nih.bukannya berusaha mengejar bintang di masjid di usia yang dah masuk asar dah pun.

itu belum masuk duit berjuta-juta yang masuk ke kantung tuan empunya rancangan. yang penyokong ,mengundi beribu-ribu seorang , kadang-kadang bertentang mata dengan artis yang diundi pun susah.

ahh , aku pun tak tahu.manusia punya cara pemikiran yang berbeza.sel-sel otak mereka tidak sama saiz dan luas permukaan. kadang-kadang falsafah hidup mereka berlainan. atas nama seni. karier seni.industri seni tanah air.entah apa lagi yang dilaung-laungkan..


lantaklah mereka..




menggigit : anak-anak melayu ramai berbakat mengarah filem ,tapi kompeni yang menerbit dan menjual filem semuanya siapa? siapa yang pandai mengaut untung dari bakat yang ada sebenarnya?


Thursday, February 11, 2010

.co0ol.

dah lama aku tak update.sebabnya , aku demam..ada idea , tapi aku tak larat nak menaip. benci dengan keadaan macam ni.tapi sakit itu penawar , maka bersabarlah seadanya aku.huhu.just wanna share some story of life.


kisah coOl 1

di saat aman dan damai negeri Melaka ,
sayugia berbunyilah gendang perang dipalu , sekuat-kuatnya.
mengatakan ada perang yang akan berlaku antara kerajaan myanmar dan juga melaka
maka berbondong-bondonglah rakyat melaka pergi membuat persediaan perang
ada yang pergi meng'print' nota , membeli pen dan tidak kurang yang membuat nota-nota ringkas
ada juga mempersiapkan diri dengan amalan-amalan spiritual , termasuk memuja-memuja toyol yang sangat saintifik pada zaman itu

maka pada saat-saat yang genting pada tengahari  itu , berjalanlah sang panglima dan sang laksamana ini ke sebuah cafe untuk lunch. Sedang sang laksamana menyapu habis suma lauk daging di cafe itu , sang panglima  sibuk menegur hamba rakyat yang kebetulan luch sama di cafe itu

rakyat :  " yo panglima ! "
panglima :" yo! wassup! "
rakyat : " guane dengar kate ade test demo "
panglima :" aih xde hal , kawe test malam neh "

si laksamana yang terdengar perbualan itu tergamam , lantas berbisik..

" psst..panglima..test jap lagi la.kul 1.."

panglima :  " haaahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

terus tak diusik lauk yang dibeli , malah tak makan beliau tengahari itu
tatkala perang yang akan bermula sejam lagi , panglima terus tak keruan menatap formula-formula perang dengan air mata..

siapa panglima itu?haha


kisah co0ol 2


aku ingat nak bukak sebuah agensi baru.agensi ini bukan agensi pembantu rumah , aku dah boring tengok bibik-bibik ini.semuanya tak jujur , suka main sms , buli anak majikan , culik anak majikan . kalau aku bukak agensi pembantu rumah , silap-silap aku kena culik bawak pergi lombok...

aku dah dapat inspirasi untuk bukak satu agensi yang aku rasa tak ada lagi di Malaysia ni.lepas nih mesti boleh buat jadi francais ( betul tak eja ek ). agensi apa?


AGENSI MENGEJAR BAS 

aku rasa boleh laku , sebab agensi nih bukan calang-calang orang boleh jadi agennya.Aku membayangkan sesiapa yang menjadi agen nih akan dibekalkan motor lagenda supaya apabila diorang pencen , diorang boleh menjadi legend. Aku tak nak pakai LC sebab adegan kejar mengejar tuh tak berapa thrill .Untuk customer , aku akan mintak dorang bersiap sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bas jalan.supaya 5 minit terakhir , agen-agen aku dapat pergi hantar diorang ke stesen bas dengan harapan bas dah berjalan dan diorang tertinggal bas.Maka barulah boleh menjalankan bisnes mengejar bas.

Akan aku ambil mat-mat rempit bekerja supaya bakat diorang tuh tak disia-siakan.Sekurang-kurangnya sebelum diorang mati katak , ada gak benda mulia yang diorang buat. Tapi buat masa  ni , aku letak Gori sebagai my only agent .Dia ada pengalaman yang tak muat nak letak dalam resume

harganya boleh dirunding , tapi kalau masa sampai kat stesen bas , bas tuh dah 3 batu kat depan mata , extra charge seperti saman , minyak dan kfc akan dikenakan

untuk kawan-kawan , siapa-siapa nak guna agensi aku nih , jangan malu-malu yer..agen gori ada.




kisah coOol 3

aku begitu bersemangat nak balik raya cina.even cina kelas aku pun belum balik lagi aku dah bantai balik awal. dengan lagu-lagu raya cina yang terdengar sayup-sayup menambahkan lagi semangat aku nak balik.haha.seronok kan balik raya

bila bas sampai aku naik dengan hati gembira.walaupun sedikit hiba tengok gori melambai-lambai dengan penuh syahdu kat bawah.aku tak nangis ok.hahaha

tiba-tiba tengah jalan , aku yang mula-mula sudah berayun-ayun kepala hendak tidur terjaga. aku terdengar suara yang amat sukar difahami . sekali dengar ada iras-iras dialog cerita tamil yang roomate aku selalu tengok.Dua kali dengar..hahh!sah!memang dialog budak rumah aku yang berbangsa lain itu.

aku mula rasa seolah-olah berada sekejap di mumbai , kejap di new delhi dan kejap-kejap aku rasa cam ada kat tangga batu caves.kalau-kalau betul di mumbai , aku ingat nak suruh brother driver singgah makan mumtaz , mesti layan tengah-tengah malam buta nih. even , suasana ketika ini suasana raya cina , tiba-tiba seolah-olah musim deepavali. aku rasa mamat cina kat depan aku mesti bengkak mengenangkan saat-saat gembira dia nak balik kampung diganggu oleh mimpi-mmpi ngeri dialog shah rukh khan malaysia ini.

aku cuba tak amik pusing , tapi bila radio bas diganti dengan drama-drama tamil yang aku pun x nampak muka pelakonnya , terus aku resah. nak tidur pun tak boleh..pantas tangan aku pasang earfon dan dengar lagu sampai tidur. tawakal dan berharap buka mata aku dah di jb.

moral of the story : hormatilah hak-hak orang lain dalam bas.



Tuesday, February 02, 2010

.hits.

sekarang banyak betul blog-blog yang memainkan isu sensitif.
tidak memikirkan agama lain
tidak memikirkan bangsa lain
tidak menghormati hak-hak hidup secara bermasyarakat

mungkin cara untuk bagi hit dan traffic blog melompat lebih tinggi
atau pun meraih populariti mungkin ( glemer sket bai..masuk paper seyhh)
atau semangat kiasu yang tak nak kalah dengan blog-blog lain

aku ingin melakukan eksperimen
ingin menggunakan isu-isu sensitif , biar pedih sampai ulu hati mereka
ok..
aku nak mula dengan isu pertama




 "gorii [bukan nama sebenar]..tiap-tiap malam makan burger daging ..sangap katanya.."





sensitif tak?





senyap sunyi...............


nota kaki tangan : gua dah letak bukan nama sebenar.harap korang tahu itu bukan gori,,haha