Sunday, January 31, 2010

.sunday again.

bangun pagi.
mata terpisat-pisat.alamak , pukul 9 baru
tarik selimut , check handphone
tutup mata.
sambung....

mata ngantuksldje laigiueyfieuiuslks................

Saturday, January 30, 2010

.basah.

ini bukan entri yang menggelikan atau memualkan.
jangan fikir bukan-bukan ya.
hanya sekadar coretan , mematerikan memori diatas kanvas lukisan maya

petang tadi , budak-budak yang pernah merasai
dan yang tak pernah merasai mandi dan berenang di sungai
pergi dengan satu tekad dan satu semangat!
dengan harapan menawan kedalaman sungai Jernih dengan kaki-kaki mereka
menikmati keindahan ciptaan tuhan yang sentiasa mereka lupa hikmah wujudnya ia
aktiviti yang tak mungkin sama sekali dilakukan untuk mereka-mereka yang hidup di bandar
kejam kah statement itu? ( ok..bukan semua , tapi segelintir)

kadang kala keluar dan bersantai bersama.
siapa cakap seni dan sukan je dapat menyatukan jiwa-jiwa dan hati-hati manusia yang pelbagai itu
aktiviti mandi sungai jugak sama
malah , kosnya lagi murah , untungnya lagi mahal

sama-sama hadir dan berkonvoi dengan matlamat yang sama
senyum apabila tiba ke destinasi
terjun , berenang dan mempamerkan aksi
yang kadang kala mengundang tawa semua orang
berbual mesra , usik mengusik
hilang tekanan kan begitu?
kadang kala , kita tidak perasan orang yang di sebelah kita
sebelum ini kita pernah bertengkar , pernah berselisih pendapat
sebelum ini , kita mungkin berbeza idea dan juga corak pemikiran
tapi tadi , kita  duduk sebeleh menyebelah
berenang malah menyelam bersama-sama
hilang segala prasangka , tenang jiwa
sama-sama menghayati damainya sungai Jernih itu
mungkin kita bisa ulang rutin ini ,
jika masih ada lagi benang-benang berselirat yang belum dirungkaikan

terima kasih alam
kami akan kembali!

lokasi : sungai jernih , mata ayer , perlis indera kayangan
kedalaman : 160 - 165 cm anggaran
masa  : 11am - 3pm
 
: : sungai jernih yang tak jernih : :


          :: dari sudut berbeza ::        

:: mereka sungguh ceria ::

:: mereka ini memancing ::


cukuplah setakat ini.
stay tuned.:)

p/s : untuk yang nak pergi kawasan ini mestilah jaga barang-barang berharga anda dan kalau boleh yang perempuan , bawaklah orang lelaki untuk keselamatan
p/s : credit foto untuk saiful dan azu

Friday, January 29, 2010

ekspresi , fantasi atau bangga diri

otak lincah membaca , melihat malah menterjemah
adakala tersentak , terkesima
jari-jemari yang menaip, menari laju-laju
meliuk-lintuk tanpa angin yang bertiup
gembirakah ia seperti riangnya sang hati
otak yang memikir , tidak penatkah ia
berputar-putar , kencangnya minda
kadang-kala hanyut entah ke mana
seronok , tapi kadang-kadang kecewa
kecewa , kadang-kadang tetap bermakna

ekspresi itu , fantasi itu ,
muncul silih berganti , datang dan pergi
arus pemikiran semasa ,
kerap meracun diri ,
meresap ke segenap urat darah

rasa indah itu , rasa enak itu
pukau hati , rasa gah seolah-oleh berdiri tinggi
kencang berdegup , kadang-kadang aneh rasanya
di puncak atau di alam maya

sampai bila?
suatu masa mungkin......


luqman : sekadar ekspresi di alam maya

mari menjual anak



saban hari , tiap-tiap hari ,
kita selalu dipaparkan , disajikan , diceritakan , malah dimomokkan dengan :
anak yang hilang , anak yang dilarikan , diculik ke lombok , macam-macam lagi
dan apabila anak hilang , kecoh seantero dunia , jadi isu hangat peringkat nasional
yer , kadang-kadang benda yang dah jadi itu takdir
takdir yang kita tak mampu nak ubah

tetapi ada benda yang kita boleh ubah
proses perjalanan sebelum sesuatu itu berlaku
kerna sesuatu yang berlaku itu ada sebab dan musababnya
dan juga ada hikmah dia

kenapa aku cerita pasal ni?
ini yang aku lihat dengan mata kepala aku
kurangnya kesedaran dalam diri ibu bapa mereka , maka tak hairan lah jika pisang nak berbuah 1000 kali pun

kenapa?

:: pasar malam di stadium kangar hari rabu malam ::
27 jan 2010

sang anak sedang menjual permainan kanak-kanak ini, masih muda umurnya.
dari fizikalnya , sekolah rendah barangkali
sang ibu dan ayah sedang menjual permainan kanak-kanak ini ditempat lain
mungkin sebab untung agak berlipat ganda , si anak dikerah untuk sama-sama menjual
permainan itu.
try to be positive , mungkin si ayah ingin mengajar anaknya ilmu berniaga , tak pun kesempitan hidup dan perlunya duit , jadi memaksimumkan tenaga kerja dalm keluarga untuk meniaga
tapi , malangnya ..kenapa tiada orang dewasa yang menemaninya?
terjaminkah keselamatan sang anak?
apakah di perlis tiada kes culik?

dan yang paling penting , adakah sang ibu dan sang bapa tak pernah membaca kes-kes culik sebelum ni
yang mana faktor kurangnya pengawasan ibu bapa menjadi main factor kes-kes itu terjadi

kenapa masih tak ambil iktibar daripada kejadian-kejadian lepas?



luqman : jangan menyesal kemudian hari , jika kerana kesilapan dan kealpaan kita kita hilang orang yang kita sayang





[ ini adalah entri seram ]

semua orang mesti pernah jumpa.at least pernah dengar kisah-kisah hantu kat keliling korang
kalau tak pernah dengar , aku berani jamin beb..lu orang mesti datang dari bulan.lols

tiap kali bercerita pasal hantu nih beb..aku teringat cerita member aku zaman sekolah-sekolah dulu..
konon-konon, atuk dia ada ilmu boleh tengok entiti tuh..so ilmu tuh waris kat dia..
then ada masa dan ketika..pernah ketika jalan-jalan malam-malam..dia boleh tetiba cuit bahu aku.tunjuk kat satu arah..aku rasa seram sejuk (buat-buat).then cuba wat berani tengok arah yang dimaksudkan..
tapi aku xnampak pun.." cait.tipu tul kau neh..." geram.seolah-olah dipermainkan

"betul weh...ada kat situ ".ayat serius pulak tuh..siut tul...

aku terus jalan jangan pandang belakang..tarik dia sambil cakap kita dah lambat..walhal aku dah tak senang duduk..hampehnye budak..haha..sampai sekarang aku xtahu apa keadaan budak ni..

ok..aku dah lari jauh..
ceritanya macam ni..
aku masa kecik-kecik dulu , suka kuar malam.bukan apa , sejuk agaknya..hehe
then satu malam tuh, aku pergi jalan umah member..
mak aku pun takde lah nak marah..sebab aku takdelah balik lewat sangat..dan time tuh aku duduk dalam kem polis..so takde orang nak culik aku.takde lah risau sangat.hehe

then tepat kul 11.30.habis aktiviti main 'saidina' bersama member-member.
aku pun kayuh basikal nak balik rumah
sampai dekat tangki air lama dekat mess  pegawai , tiba-tiba aku rasa bulu roma aku naik beb..seram sejuk
aku cuba buat-buat cool..tapi jalan kat situ berbukit ,agak lambatlah pendakian aku neh..sangat lambat

tiba-tiba , apabila aku menghampiri sepohon pokok yang rendang tu , aku dengar orang menangis..
menangis yang sungguh-sungguh.cuak...
tersedu-sedan tangisan itu..aku cuba buat tak tau..mungkin ada budak degil kena rotan dengan mak ayah dia kot..argh...biarlah.cuba untuk abaikan..

terus mengayuh..dan tiba-tiba ( tiba-tiba lagi )..

heeeeehhheeeeee..................................................(panjang lebih dari 6 harakat )

mengilai ! suara mengilai pulak...

aku dah pucat lesi..kayuh basikal selaju-lajunya.
sampai rumah aku brek basikal tuh sampai tergolek sebab laju sangat
masuk rumah , selimut.duk diam-diam dan tidur.huh
sampai sekarang , aku tak ada jawapan spesifik untuk tuh.
jawapan cliche? ada.mestilah hantu kan.

apa-apa pun jadi , just kita kena ingat , dia pun sama jugak makhluk tuhan..
dan kita sebagai ciptaan yang lebih sempurna daripada dia , maka janganlah takut akan ia
 tapi biasalah , kalau benda yang kita tak biasa..rasa takut yang wujud tu normal


kalau korang dalam situasi aku , agak-agak apa korang buat ek?




korang : kalau keluar malam sorang-sorang , jangan balik lewat
korang lagi : jangan pandang belakang kalau dengar atau bau bukan-bukan..hehe


:: entiti yang muncul ketika persembahan aizat ::
credit beautiful nara

p/s : time aizat  perform AJL hari tu ada yang sempat capture objek yang tak diundang , nak tau baca blog nih


Wednesday, January 27, 2010

aku dan one piece!




ini antara hobi aku,..
bukak laptop.ngadap anime one piece ni
time bosan , penat dan nak rileks2.tengok anime neh memang layannn
hasil kerja Eiichiro Oda ni,memang sangat mengagumkan..bukan senang nak wat komik a.k.a manga yang diminati ramai orang
one piece nih dialih ke banyak bahasa dan pengaruhnya melangkau ke seantero dunia..

siri ni sudah bermula lima tahun lepas time aku masih di sekolah menengah
dan sekarang siri nih masih belum abis
anime lagi la lambat sikit dari manga

kenapa aku suka manga nih?
mungkin dalam hati ini ada sifat2 cintakan keamanan, mungkin tuh sebab aku setia follow manga nih..ahaksss



tak pun..ada iras-iras macam zorro..





xda iras langsung ek?haa..perasan sendirikk..haha

tapi...

bila manga nih nak abis ek?


apa akan jadi 10 tahun akan datang?
mungkin time tuh dah ada anak bini
tengok sama-sama? sambil ngunyah keropok
atau tengok sorok-sorok dalam bilik?
malu anak nampak..hahaha

- let the future come and answer itself -

panasnye perlis~~

aku bukan x suka..just ini hanya expreessii ekspresi diri

mulut aku dah naik ulser bak cendawan tumbuh selepas hujan...haha..tipu jek
tapi seriuss...sakitt
hilang feel nak makan ayam bakar tengahari lagi
hilang feel nak makan itu
hilang feel nak minum ini...
nape yang hilang feel suma pasal makan jekk..lols..gelak sorang2..

maybe..tuh petanda
petanda untuk aku kurangkan berat badan..yeaahhh!
rupa-rupanya nak kurang berat kena sampai seru dia gak ek..tatau pun.lols

tapi macam mana nak bagi turun berat tuh..malas ar berjogging..
nanti ramai orang ngorat aku time joging tuh..lols..aisehh..perasan...nanti sure kena ngan cik A..heheh
ermm..trek joging jauh.susah nak pergi sana.alasan chanteknyeee..
jogging setempat ok what? asal ada gerak2 sket kan gon..lols
lau pergi joging pastu terus gi pasar malam tuh lain plak bunyi nye kan gon..lols

ke nak kena pergi wat kamceng ngan dr rozmey..
wat2 baik sket..jitra x jauh.nanti bila dah turun 5kg boleh jadi model metro..lols..

xpela..aku tumpang seronok lau ada kawan2 gi joging..
lau dorang turun berat..lagi tumpang seronok
nanti aku ley belanja dorang makan tuk naik kan berat tuh balik..lols

ermm..pe kaitan ngan panas...lols
stay tuned for next..hehe


p/s : entri bosan
p/s : memang panas kat perlis ni sekarang
p/s : jangan main panas..:)




luqman : nak makan nasi ayam penyek gakkk



Tuesday, January 26, 2010

tips menjaga badan

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .

Islam juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


tips-tips di atas dikongsi oleh cik A..arigato gozaimasu...:)
dan kalau ada sapa-sapa yang nak claim kata dia punya boleh aje ,..nanti aku letak kredit

ermm..ada lagi satu..Islam sebenarnya mengajar kita makan buah-buahan dahulu sebelum makan..bertentangan dengan saranan cerdik pandai barat yang menyuruh kita makan buah selepas makan
dalam Al-Quran ada disebut tentang makanan ahli syurga

ayat 20-21 dari surat Al Waqi’ah yang berbunyi yang lebih kurang maksudnya begini

" Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."

Dalam ayat tersebut Allah swt menerangkan tentang makanan penduduk syurga. Yang menarik di sini, bahwa Allah menyebutkan buah-buahan dahulu, baru kemudian daging. Apa rahsianya ? :)




credit : ahmadzain

unsur masonic in AJL

mesti ramai dah baca pasal nih..
lebih-lebih lagi pasal pancaindera dah kuar.mengupas isu neh.aku sendiri tak baca pun lagi apa yang pancaindera tu tulis..

by the way..aku sempat bukak website oh artis dekat entri neh..
salute to them , even their website focusing on entertainment , they still have concern about this issues
by the way , feel sad to read all of argument there ..
yang tahu , yang xtahu dan yang xtahu tapi buat-buat tahu ( yang ini lagi teruk )

sebelum apa-apa , aku bukan nak cerita apa-apa pasal freemason atau pun unsur masonic yang ada dalam AJL ari tuh..lau nak cerita pasal nih , aku rasa lum ada ilmu yang cukup..kalau nak cerita pun , sehari x mungkin cukup. bila berbicara pasal isu neh dan bila kita mengkaji , kita kena kaji dari sejarah zaman dahulu , bukti-bukti Al-Quran dan Hadith , aspek-aspek teori sains , dan setiap perkara-perkara besar yang berlaku di dunia ini..apa yang kita dapat ibarat sekeping2 puzzle yang akhirnya bila kita dah dapat semua baru faham dan nampak apa yang kita cari..

berbalik kepada unsur masonic dalam AJL tuh.
ramai yang tak tahu dan ada juga yang cuba memperlekehkan apa yang didedahkan..
bagi aku , jikat kita xtahu sekali pun..jangan lah cuba belagak pandai..
seboleh2nya cuba selidik dan memahami sendiri apa yang ingin disampaikan
musuh-musuh Islam berusaha menyesatkan umat Islam dengan bermacam-macam cara
secara halus dan juga terang-terangan. berhibur tidak salah , tapi kena sentiasa berwaspada dan juga beringat.muzik diakui sebagai salah satu cabang terbaik untuk mempengaruhi minda manusia..

untuk mereka yang masih tak tahu isu neh..
boleh rujuk blog jejak tinggalan rasul ni dan blogholywar-efawairy ( tapi macam kena sekat akses 2 3 ari neh, nape tah )
then leh blog-walking dalam list-list blog diorang..
baca dan cuba buka minda selua-luasnya untuk faham

oopss..lupa
ada yang bertanya , kenapa diorang nak terap unsur-unsur camni? dan bukannya akidah kita boleh sesat pun..
yaa..memang xkan sesat kalau kita tengok simbol-simbol tuh..insyaAllah.tapi tujuan mereka bukan untuk menyesatkan kita..tapi bagi menjadikan ia 'kebiasaan' bagi kita..dan bila semua menjadi kebiasaan , barulah mereka mudah menjalankan agenda-agenda mereka yang seterusnya

berhibur tak salah , asalkan kita tahu jaga diri kita. 

renung-renungkan :)








Sunday, January 24, 2010

cari makan

tadi pagi tadi aku gagahkan diri bangun pagi-pagi-pagi-pagi......
tipu..hahaha..ari sabtu susah nak bangun pagi
melainkan ada benda yang terpaksa buat cam semalam.( repair kereta )

tepat pukul 10..aku dan ezrol ( rumate )..merempit menunggang motor ke kangar tuk beli
spare part yang rosak
then disebabkan tak cukup tool..balik singgah kedai motor kat simpang tiga tuk pinjam tool

sambil-sambil membuat kerja aku
ada sorang pakcik tuh tekun memerhatikan aku ( minat kat aku ke..haishh)
mungkin tengok aku dan ee pelik , orang lain bawak motor..kami bawak kipas radiator jek

suddenly.....nape omputeh nehhh

tiba-tiba..
sebuah mpv polis lalu
serta merta pakcik tuh , tanpa diminta

" polis!polis! " ..memberi amaran mungkin..dia ingat aku tengah bukak2 part yang aku cilok ke...aiseh..aku bukan mat cilok , mat pit ke , mat rempit ke dan seangkatannya

lantak la polis tuh nak wat apa pun.ada aku kisah?

then , dia menambah lagi " depa tuh carik makan ar tuh..."

carik  makan..carik makan..carik makan....berdesing telinga aku..panas...

" bongok!idiot! " dalam hati jek..

aku berpaling.senyum pada dia.senyum sinis.entah dia perasan ke x..ada aku kisah?

aku sangat pantang..bila orang mulut nya sangat cabul macam tuh..
biar pun dah tua ..tapi otak sempit watpe.cuma

apa dosa polis meronda tuh sampai kau fitnah camtu?
even nampak kereta mpv tuh masuk kampung-kampung pun..tuh sebab dorang nak meronda.mencegah jenayah.salah satu nkra kerajaan ialah mengurangkan kadar jenayah.meningkatkan kekerapan kehadiran polis di kawasan awam adalah salah satu strategi mengurangkan jenayah..kepada yang tak tau nkra tuh apa..klik sini

dorang menjalankan tugas.biarlah dorang buat kerja dorang.yang kau sibuk kenapa..dah takde kerja len yang tuh jek modal yang ada ek?

mujur still ada nilai-nilai ketimuran nh.masih boleh membenci sekadar dalam hati jek..still ada respek pada yang tua..






sudah sihat

yaa..semalam..dah berapa malam sebenarnya..J sakit tekak..
aku sungguh risau..berapa malam asyik memikirkannya..
resah.gelisah.gundah-gelana.
sudah berhari-hari aku tak dapat kuar 'dating' dengannya.
J teman setia aku pergi ke kuliah , makmal..
malah sanggup bersengkang mata menunggu aku menyiapkan projek di kala malam yang hening

masih ingatkah kamu J..tatkala kita pergi bermain boling di alor setar
masih ingatkah kamu saat kita sama-sama pergi shopping kat the store dan aneka
masih ingatkah kamu kita mengambil angin yang sepoi-sepoi bahasa di kuala perlis

lalu mengapa kamu tidak gagahkan semangat melawan semua penyakit itu?

mujurlah..setelah puas aku berusaha..penawar yang dicari telah pun tiba..
ubat ginseng kedai Chong Motor rupa-rupanya ,
sekarang..suara kamu sudah merdu..
tidak ada lagi serak-serak basah ala-ala ella
aku sangat gembira..
dan disebabkan aku sangat gembira..
kita telah sama-sama pergi tengok adnan sempit tadi kan :)

jangan sakit lagi ye J..

JDQ 3610






luqman : setengah hari operate badan J ari neh..nasib ee ( rumate ) tolong,,lau x matilah nak tukar part sorang-sorang

Friday, January 22, 2010

sayangkan anak tangan-tangankan...guru itu

sayang itu normal.
menyayangi itu normal
yang jadi x normal tuh bila sayang x bertempat
yang jadi x bertempat tuh macam cerita anak ku sazali

cikgu tampar murid normal
x normal bila tampar tanpa sebab

tapi bila ibu bapa tampar cikgu sebab anak mesti tak normal
sebab kalau tampar cikgu itu sebab cikgu itu tampar anak ibu bapa itu, memang jelas x normal
faham? berkerut dahi ek?

secara logik , budak sekolah menengah yang membuat bising, itu aktiviti nakal.
mengganggu ketenteraman pelajar lain yang ingin belajar , itu sangat nakal
mungkin tamparan itu bukan jalan terbaik
tapi bagi aku budak itu baru tingkatan 1 , baik jugak cikgu tuh tampar.
sebab kecik-kecik macam tu , dia belum besar kepala lagi.moga-moga jadi pengajaran untuknya.
kalau boleh tampar sekali ibunya tuh.
kejam? ibu itu lagi kejam jika dia tak mendidik anaknya sebaik-baiknya.

mungkin zaman sekarang tak macam dulu.
alaf baru , zaman milenium, globalisasi dan dunia tanpa sempadan katanya
tapi jika hendak produk keluaran yang bermutu ,
tak semestinya cerdik pandai , asal santun dan jiwanya bersifat 'manusia'
mestilah bermula dari kecil lagi

kenapa aku ngomel pasal neh?
baca yang nih : ibu pelajar tampar guru

macam-macam hal zaman sekarang



: : pilihan di tangan anda ! ::





luqman : takut nak bagitau parent kalau kena rotan dengan cikgu , rela sapu ubat senyap-senyap




Thursday, January 21, 2010

lucky!





ni bukan lucky lagu jason mraz.
bukan jugak lucky strike.

tapi aku rasa sungguh bertuah.walaupun seumur hidup x pernah dapat cabutan bertuah.sedih kan?huhuhu
tapi tetap rasa aku memang ada perkataan 'luck' tuh

kenapa?

tadi keluar cari bengkel nak repair kereta yang ngengada rosak tuh
sempat macha rumah aku " weh , nak kuar ke..de polis trafik wat roadblock "

" wookkkey! " selamba balas ku.mentang-mentang anak polis yek..

dalam kereta , tiba-tiba rasa tak sedap hati.gagau-gagau dengan tangan.
ambil wallet dan tengok lesen..

terkedu.terkejut.tapi x tersedu-sedan ok.











sah sehingga 23/11/2009!!!!  da expired lahhhh!!




huh..terkejut.aku x risau dengan lesen expired tuh..tapi yang buat terkesima sikit,
selama nih

- aku balik perlis dari jb masuk n9 dan pusing2 area kepong dan batu caves dengan lesen yang dah expired
- pergi menghantar mak aku ulang-alik hospital
- bawak keta sorang-sorang kt jb
- pergi hantar cik A balik kolej
- pergi bermain boling di alor setar
- ulang-alik gi kelas dan lab tiap2 hari

haa..banyak tuh yang akupergi..dan kalau nak tau kat perlis neh la jpj dia sengal sket..banyak sangat roadblocknye...


mujur aku xpernah kena tahan..

dan mujur sangat2 aku xpernah accidenttt..huhuhu

dan lepas tau tuh tad..terus cepat-cepat pergi renew.


lucky!





luqman : syukur alhamdulillah!


Wednesday, January 20, 2010

so what next?

semangat nak pergi tengok adnan sempit malam neh
buka kereta dan start engine..
bunyi something.Huh!
kenapa la kipas radiator neh.
fikiran melayang panjang.
duit dan masa , burn begitu sahaja

cuba menjadi tabah , setiap perkara ada hikmah
biar hati kecil masih gundah

ermm..so what next?




luqman : speechless..








Tuesday, January 19, 2010

mudah saja

ke sini-sana
jom bergembira
pasti segala
mudah saja

terus menyanyi
sepuas-sepuas hati
pasti segalanya
mudah saja

borak lama-lama
hilangkan rasa hiba
pasti segalanya
mudah saja



luv dis Digi song.
suka tengok iklan dia jugak
: )




luqman : mudah sajaa!





Monday, January 18, 2010

duit kecik duit besaq

petang tadi, aku pergi lab..rajin ke wat2 rajin nh..huh..ari2 ahad nak gi lab memang tak berbaloi-baloi la..letih beb..tapi xpela..demi ilmu..keikhlasan mesti ada..baru ada kecemerlangan..:)

petang tadi lagi..

kruuuuukk...krekkkkkk...(bunyi perut bebb)..

amboii..ada ke bunyi perut macam tu....

dipendekkan cerita..bergegaslah aku dan jenal keluar..intai2 kat tepi dragon tuh...selalu ada kedai makan..ermm..nasib baik ada satu gerai yang bukak..

ada goreng pisang..memang sesuai makan petang..panas2..

then..aku mintak.." makcik , pisang goreng sringgit , ubi sringgit.." (walaupun tengok pisang goreng cam x brape bes..sebabkan lapar beli gak..

then lagi..aku nak bayar....keluarkan note rm10.hulur kat dia

" duit kecik xdak ka "

" haishh..makcik nih " bermonolog jap dalam hati

" erm..takde.."

" duit kecik xde ni .." makcik tuh xnak mengalah  nampaknya..

tadi aku baru nampak cam ada orang bayar makan cam duit kecik ( gerai tuh jual makanan dan minuman selain pisang goreng )

" kawan ada x? " eh..kencang pulak makcik ni mendesak aku..

jenal cek2 dalam poket..ada.nasib baik..

" nanti bayaq kat kawan " ..arah makcik tuh..amboi..mengarah.......

aku dengan ketat sikit muka amik dan terus berjalan taknak tengok dah,..nape?cara makcik tuh..tetiba jek sakit hati bila tengok..panas petang + pisang goreng panas + panas hati = memang panaslah jawabnya..hehe


cuba lau makcik tuh wat ayat gini :
" mintak maafla na..makcik dah abis duit kecik nih..tanya kawan neh xde duit kecik ke..ley pinjam kat dia sat ke..."..haa..baru sejuk sikit hati..silap2 boleh aku balas "keep the change la makcik "..haha..xda maknanya...


typical peniaga kecil / penjaja melayu mungkin?..selalu sangat x sediakan duit kecik,,nampak note merah..terus gelabah tanya duit kecik ada ke x...padahal x tengok pun ada ke x duit kecik..


bukan nak memuji beb,,jarang aku tengok peniaga cina xda duit kecik..kalau harga barang tuh rm1.10..sanggup bagi syiling 90 sen baki..sebab pe?seposen pun tetap duit..dan kalau makcik tuh buat camtu..orang tuh x jadi beli..x ke rugi satu rezeki makcik..?

buat makcik goreng pisang..kalau2 online malam ni..dan terbaca entri nih ( kalau makcik tuh betul2 online wa salute sama lu la makcik..haha..aiyoo )..daku mintak maaf ngumpat makcik..hehe..mungkin  makcik dikala itu memang kesempitan duit kecik, kira 0-0 la kita..tapi kalu makcik sorok2 dalam tabung duit syiling..pasni bagila kat orang yang memerlukan ( baki duit yang orang bayarlah)..kalau bagi saya pun xpe..boleh buat basuh baju kat mesin..hehehe..

dan kepada peniaga-peniaga , pengusaha-pengusaha, penjual-penjual dan bisnes man and woman , kena ingat selalu..


customer is always right !








luqman : ngah makan coleslaw nyum2 :)


Sunday, January 17, 2010

batman return

dikhabarkan datuk nenek moyang batman atau abang kelawar asalnya dari nusantara, akhirnya semalam terbukti jua.di depan mata aku sendiri...aku....aku......terpegun seketika..hehe






: : hah..dah nampak..kejar jangan x kejar : :


: : berjaya potong dia..yeayy! : :

cantik kereta nih kan?old skool omputeh kata..

aku kejar sebab aku nak kejar..hehe

aku tengah bosan bawak keta ..tetiba dia potong aku tanpa bagi salam pun..

sakit hati dibuatnya..apatah mata yang memandu menjeling sinis kat aku..apa salah aku?kereta aku buruk sangat ke? ...ok..dia x pandang sebenarnya..ilusi

 apa-apa je la..sian brother x bersalah ni :)..aku usaha snap gambar neh ngan kamera dslr aku k750 i aku..x shake pun..hehe..mujur xda polis nampak drive sambil pegang henset..


just suka tengok kereta2 lama..unik..anggun (anggun ke?)




fanaticism vs hooliganism

fanaticism -

a belief or behavior involving uncritical zeal, particularly for an extreme religious or political cause or in some cases sports, or with an obsessive enthusiasm for a pastime or hobby

hooliganism -


Hooliganism refers to unruly and destructive behaviour. Such behaviour is commonly associated with sports fans,

[ all info from wikipedia ]

see the difference?
nampak? x?
secara ringkas..hooliganism nh nampak lagi ganas in term of behavior.berbeza ngn fanatic bola, mereka mungkin obses ngn game2 epl , main fifa and winning eleven , mengumpul jersi2 baru favourite team dorang , cenderamata dan sebagainya yang menunjukkan minat yang bersungguh2 terhadap pasukan kesayangan mereka

bagi hooligans..mereka berbeza mungkin tahap kesetiaan yang x berbelah bahagi terhadap team2 kesayangan mereka..ala2 cubit paha kanan , paha kiri terasa jua...ko kutuk team aku..siaplah ko..hehe..pendekatan mungkin sangat ganas sampai sanggup tunggu lepas habis game nak pukul fan lawan, mengeluarkan kata2 provakasi yang sangat melampau dan menunjukkan isyarat dan simbol yang lucah.

kenapa aku cerita semua ni?


semalam..aku berkesempatan menonton perlawanan bola antara perlis dan kelantan..FYI , ini kali pertama aku pergi tengok bola kat perlis..



even dah 4 tahun kat sini..teruja?sedikit..kerana aku tau macam mana keghairahan dan obesesnye fan2 singa utara dan red warrior terhadap pasukan mereka.Umum mengetahui , macam mana bas2 dan kereta2 pecah dan kemik fan2 kelantan lepas game semi final Piala Malaysia tahun lepas , perang mercun dan botol air , kata-kata kesat serta isyarat badan yang x sepatutnya..seolah2 berlaku pertempuran pulak dikalangan penyokong..hehe..

walaupun aku seorang penyokong kelantan..tapi memilh jalan selamat untuk tidak memakai baju merah.aku xnak terlibat lau gaduh2, susah nanti.hehe.sampai je kat stadium terus masuk pintu yang dikhaskan untuk fan kelantan.

sedikit apa yang berlaku semalam :

[1] game -
result semua orang dah tau, seri 0-0 .game boleh tahan menarik bagi aku.tapi try suma x masuk gol..dan yang paling frust mestilah last try oleh kelantan ,sikit lagi nak masuk gol.sayang2.huhu

[2] fan -
agak hairan macam mana penyokong perlis boleh ditempatkan dekat penyokong kelantan, walhal stadium tidak la penuh.bukan sahaja dekat , tapi merekamengawal pintu masuk dan keluar untuk penyokong kelantan..jadi bagi aku, bila2masa boleh bergaduh terutamanya masa rehat.time tuh mungkin setengah2 orang nakke tandas.jadi bila fan kelantan kena lalu depan fan perlis faham2 la kan?

[3] kekecohan -
sekurang-kurangnya ada 2 insiden kekecohan antara pemain semalam.tapi ada jugak pada  masa rehat , insiden penyokong kelantan hampirditahan dan diberi amaran.insiden dengan penonton bawah bumbung.bila ditanyaabang polis tuh.." demo nok gura jah.."..haha.sek kelate jugok abe neh...ada jugak insiden dikalangan penyokong perlis.tapi aku x pasti apa yang berlaku


:: kekecohan masa rehat oleh penyokong kelantan ( tapi x pasti apa yang berlaku )::

[4] provokasi-
bila penyokong sama naik , mula la keluar ayat2 cinta ancaman dan ugutan.tapi dalam pemerhatian aku semalam , bukan bias ek , fan perlis yang lagi banyak memprovokasi penyokong kelantan . x tahan dengan gelagat fan kelantan menyanyi-nyanyi dan bersorak mungkin?

[5] penjaja air -
perlis sekarang musim berangin yang sangat2 sejuk..pak arab kat u aku pun cakap sini lagi sejuk dari arab.hehe.ok..tipu..ermm , dah tau sejuk, sepatutnya jual la air panasss..kenapa lah pergi jual air berais tuh..aku berani jamin mesti ramai yang menahan diri nak gi tandas semalam..hehe

[6] sweet couple -
ada sepasang suami isteri warga emas tiba2 datang duduk x jauh dari aku.duduk rapat-rapat, sejuk agaknya.hehe.how sweet kan..satu yang agak aku kagumi warga perlis nih..ramai orang-orang tua minat sangat dengan bola ( berdasarkan pemerhatian aku la).pernah ketika tengah membeli burger , aku ada nampak sepasan suami isteri terbongkok kat tepi radio..aku pun terbongkok-bongkok sekali nak dengar apa yang dia dengar..rupa2nya dorang tengah dengar live bola kat radio da...



: : mengimbau kenangan zaman muda barangkali ? :) : :

[7] FRU
limin : weh..banyok bas kelate male neh..penuh pena mari nyokong

aku : mana..x nampak pun.

limin : tuuu...( tunjuk kat trak2 dan bas2 FRU. )..meroh belakoo

haha..kurengnya limin..maybe sebab yang game taun lepas polis cam x cukup sangat, malam semalam punya ramai datang..tapi xpela..at least orang xdela berani buat kecoh sangat..tu pun still ada lagi yang mulut tak leh nak jaga..



: : abang2 FRU gagah menjaga keamanan , snap curi2 neh..takutt..haha : :

yang membuatkan perasaan seronok datang ke stadium bagi aku perlawanan dan suasana stadium dan  penyokong  yang hebat. Maybe game malam tadi bukan yang terbaik , tapi sebab kedua2 pasukan mempunyai kombinasi pemain yang boleh cakap mantap dan environment yang menarik juga antara kedua2 pasukan , maka aku pergi jua...ececeh..

tapi bila tengok gelagat kedua2 fan..maka kategori manakah yang sesuai mereka2 ini ?

fanatic ?

hooligan ?


luqman : gomo kelate gomo ! yeahh!


Friday, January 08, 2010

1 Malaysia











satu malaysia : rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan


seronok melihat paper sekarang , jika ada lawatan atau aktiviti ahli-ahli politik..apabila bergambar dan berposing..sudah tiada lagi simbol peace..simbol rock pun jarang jugak..apatah lagi simbol jari tengah tu,..memang confirm xde..hehe..tapi  semuanya obses dengan simbol neh..sangat2 obses..kalau x angkat simbol neh..konpem reporter edit photoshop bagi gambar x kuar dalam page atau direject sama sekali...haha..siyes aku bohong..






tapi apa sebenarnya 1 malaysia tuh??
kalau kita tengok , macam2 ada yang bertemakan 1 malaysia
contohnya :




 amanah saham 1 Malaysia



1 Malaysia F1 Team



lagu 1 malaysia ?



setem 1  Malaysia


 klinik 1 Malaysia


ade jugak di sini



dan di sini juga



iklan digi dengan tema 1 malaysia

tapi ..
adakah kita semua faham MAKNA 1 Malaysia tuh
kalau tanya mesti akan kuar jawapan klise ni.." 1 Malaysia bermaksud rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan......bla bla bla..stop. " then x tau nak gebang pa dah..hehe..gebang tuh loghat kedah means bohong..lau x cilap..

malah time exam sem lepas dalam subjek thinking skill ..soalan 1 Malaysia neh kuar dengan 15 markah bebbb..tapi aku x jawab..siyes xtau...xtau nak jawap pe..nak bagi jawapan klise. atau nak hurai cam kat atas ke..konpem C la jawabnye..haha...

mungkin akan ada yang kata aku neh bodoh kurang bijak mendefinisikan maksud 1 Malaysia.." apela ko..ari2 kuar kat paper , tv , radio , cover story majalah pasal 1 Malaysia ..xkan itu pun xtahu..mesti x baca..senang camtu pun x tau.."itu dialog rekaan ok..hehe..
tapi aku rasa..tanyalah mana2 orang..dalam 10 orang..berapa orang yang mampu mendefinisi dengan baik , menceritakan lebih detail konsep 1 Malaysia tuh..aku rasa2 2 kot..haha( ish..gelak lagi)..erm..

dan mungkin jugak akan ada yang kata..dia tahu semua dan mampu menterjemah dan menghuraikan dengan mantap!..wah2..tapi..adakah pelaksanaan konsep itu mantap..dan sampai
serta dilaksanakan oleh setiap orang termasuk orang yangmengaku faham erti 1 Malaysia
ya..keyword dia pelaksanaan

sekarang..kita kerap dimomokkan..dirisaukan dengan peristiwa2 yang agak tegang , yang boleh memutuskan benang yang ketika ini masih utuh memegang hubungan antara kaum
jadi..untuk apa konsep 1 Malaysia di laung2kan jika
hak setiap kaum tidak dihormati dan setiap tindakan dipandang penuh curiga
jika konsep 1 malaysia ini gagal membuatkan hubungan antara kaum jadi lebih baik
jika konsep ini gagal membuatkan ah chong , ahmad dan ravi belajar bersama2 di dalam sebuah kelas,
dimana silapnya
dan
apakah konsep yang lebih sesuai?


oppsss....gue tidak mau bicara pasal poltik..itu kamu kamu...(lirik lagu estranged)..hehe..gue tidak bisa..dan gue tidak betah berdiskusi soal politik ini..bagi orang2 yang udah berakal..fikir2kan..

untuk yang belum tau , x ingat , xtau dan nak tau 

8 value in 1 Malaysia









luqman hafifi - gue teringat kecik2 men bola dan makan di kantin bersama tinesh...
adakah itu 1 Malaysia..hehehe









[ nota kaki ]

- entri separa serius ini adalah pandangan bebas aku sebagai rakyat malaysia yang inginkan malaysia sebuah negara aman dan damai -



Tuesday, January 05, 2010

hujan petang ini

hujan petang ini
lebatnya...
sejuk...
mengantuk....



[ ini adalah entry pendek ]








- its ok to a young make mistake -

tadi , baru selesai berjumpa dengan rps( rakan pendamping siswa a.k.a my mentor ) Prof Dr Yusof. agak lama tidak berjumpa dengan dia , jarang2 n kadang2.hehe..datang asalnya bertujuan mengesahkan slip pendaftaran subjek bertukar menjadi satu kem motivasi. memang banyak nasihat dan dorongan yang diberi disamping kisah2 hidup yang dia yang memberi banyak idea dan merangsang minda bagaimana menjalani hari2 esok.kadang2 kita terlalu banyak hidup berpandukan idola kita , gaya hidup dan kejayaan orang lain , kesenangan dan kemewahan hidup orang lain , kita terpersona dengan keadaan itu lantas mencetuskan minat dan idea untuk berjaya seperti mereka .

tidak salah mengambil contoh dari orang lain kan..kadang2 itu perlu untuk berjaya. Tapi sampai di satu tahap , kita harus mengambil atau membuat satu keputusan yang mana keputusan itu mungkin mengubah lanskap kehidupan kita untuk selama2 nya atau mungkin sahaja menjadi batu loncatan kehidupan kita ke arah dimensi yang baru..maka apabila tiba saat itu , maka keputusan yang akan diambil perlulah diberi pertimbangan seadil2nya dari segenap aspek dan pilihan2 yang ada diperhalusi sebaik2nya.

sebagai contoh ,untuk rakan2 yang akan graduate pada tahun ini InsyaAllah , setiap orang pasti sudah mencongak atau pun berkira2 apa yang hendak dibuat selepas tamat pengajian nanti , mungkin hendak bekerja dan mungkin juga menyambung lagi pengajian. dan mungkin jugak masih belum ada jawapan untuk itu ( termasuk aku kot.hehe)..

APa-apa pun . keputusan yang diambil haruslah mengambil kemampuan diri , minat dan kepuasan jiwa ( bak kata dr yusof) . yela , kalau kerja glamour pun hati xpuas x bley gak..hidup akan sentiasa tidak gembira..yang penting kita enjoy dengan keputusan yang kita buat..kadang kerja senang dan kaya belum menjamin kebahagiaan dan kadang2 kerja yang kita nampak cam biasa bagi kita mungkin boleh memberi kebahagiaan untuk hidup. x kisah la apa2 pun , yang penting kita mesti ada target dalam hidup kita , apa yang kita hendak buat selepas-selepas itu. ibarat bermain chess kita mesti berfikir apa yang berlaku 2 step berikutnya jika kita ingin guna 1 step yang ini ..try to think from the others angel..

dan last sekali , dr yusof kata ' its ok to a young make mistake ' ..belajar dari kesilapan akan mematangkan kita :) dan kadang2 selagi kita x buat silap kita x akan tau benda yang kita buat tuh betul atau salah...






ermm..dah azan..cukup la tuk tika ini :)







Monday, January 04, 2010

pagi yang tenang

pagi tadi cam biasa..cam sem lepas..cam kuliah2 lepas.kuliah kul 8 pagi..amat jarang sampai awal sebelum kul 8.kelas camna? mestila mengantuk..angguk2 geleng2..cuba menyelami apa yang pensyarah sampai kan.tapi chemistry tadi.amat susah ilmu tuh nak singgah apatah lagi nak melekat dalam kepala.letih mencari maklumat malam tadi.kononnya.hehe


usikan dan cerita2 kawan kadang ibarat air disimbah kat muka.segar sekejap.dr iqbal terus cool dihadapan , mengajar basic2 chemistry yang dah berapa puluh purnama ditinggalkan.tengok jam , aiseh..lambat lagi..


mata terus-terusan melayan..melihat slide sedalam2 nya..tapi hampa.kosong.susah difahami.mental masih belum cukup bersedia barangkali.penat ke depan..toleh kanan kiri , tengok gelagat kawan..terhibur.terima kasih mereka.sekurang-kurangnya , mata yang sedang diulit2 supaya tertutup itu, ada trigger yang memaksa ia buka kembali.


jam pukul 10...horrayy!..summary dr iqbal menutup tirai




sampai rumah.kepala melayang.pusing2.makin kelam.xley jadi neh , kena gagahkan diri juga..saya xnak tidurr.....talian hayat harus digunakan...






kring kring...............