Saturday, December 19, 2009

dadah yang ditelan

adei..something je tajuknya..actually aku selsema dan sakit tekak..baru je telan ubat yang dibeli dari klinik faizal..erm,dah lama x makan..tapitaula kalau ubat selsema biasanya mengantuk.now, mata nih semakin mengecil..semakin susah nak menahan ngantuk..ada sapa2 ada petua lain x bg hilang selsema nih?aisehh..

kenduri kahwin ~~

Hari neh , seperti biasa , seperti hari2 sabtu dan ahad lepas , biasalah ..musim cuti sekolah kan..mestilah banyak kenduri ..tiap2 hujung minggu mesti mak aku jarang masak sebab kadang2 sehari 3, 4 jemputan dapat..So , tadi baru je balik dari kenduri jiran sebelah rumah.Makanan sangat sedap ! thanks en Aziz dan keluarga..

ok..nape aku cerita pasal kenduri kahwin..?biasalah , hari2 ramai, banyak yang dibualkan ..

lau yang ok..bunyi dia lebih kurang macam ni...

" sedap nasi minyak dia ,x muakla "
 " lauk dia ari neh sedap2 , daging pun lembut  "
" pelamin dia cantik la.."
" lawanya pengantin..baju pun cantik "
" berapa harga catering ek?sekepala brape "


lau yang x ok ..

" kerasnye daging..nasik pun macam x masak.."
" x matching la pengantin ngan baju "
" nasik sket..x ckup .."

n bla bla bla lagi...hehehe

saja jek..setiap orang mesti pernah bercakap , komen pasal kenduri yang korang pergi..kan?
kenduri kawin dibuat sebagai tanda kesyukuran masjid dah dibina dan nak bgtau orang ramai..yela..benda baik mesti dihebah2kan..ye x
nowadays , kenduri yang dibuat tuh untuk tujuan bermegah-megah , menunjuk-nunjuk maka keberkatan yang dicari hilang..hasilnya? kita bley tengok persandingan besar-besaran selebriti dan tokoh korporat dengan nilai majlis dibuat bernilai ratusan ribuan ringgit..tapi belum cukup setahun dua sudah pun runtuh perkahwinan itu..
maka sewajarnya majlis2 kawin dibuat dengan cara sederhana tetapi meriah , kemegahan tuh mungkin untuk sehari dua , esok lusa ada lagi majlis yang lagi gempak , maka hilanglah kemegahan itu.Tapi keberkatan tuh akan bertahan untuk selama-lamanya InsyaAllah..

Friday, December 18, 2009

Champion League / Europa League Draw

seperti biasa , hari nih mesti ramai yang tertunggu2 keputusan draw peringkat kalah mati kedua2 league nih especially Champion League . Dan teka - teki tuh terjawab akhirnya team favourite aku Manchester United akan bertembung dengan AC Milan.Pertembungan menarik yang mana David Beckham akan kembali buat pertama kali ke Old Trafford sejak pindah ke Real Madrid dulu dan ramai yang tau macam mana dendam yang belum berbalas apabila AC Milan tendang kuar Manchester United masa knockout semi final 3 tahun lepas x silap.Glory2 Man UTd~!

Pertembungan lain yang menarik ialah Inter Milan ( Mourinho ) vs Chelsea dan Real Madrid Vs Lyon ( ex team karim benzema ) , game lain x kurang hebatnya dan pastilah bila tiba masa..mesti suma berjaga dan bersengkang mata tengok cup yang berprestige nih tiap2 tahun...hehe..tuk yang xtau lagi draw yang kuar
tuk champion league



dan Europa League :


eh nape liverpool ada kat europa?? :P

racist : we or them?..

damn..aku dah nak tidur neh..tedetk hati nak buka blog mazidul . post terbaru daripada dia wat darah aku menyirap , mendidih..aku bukan racist..tapi bila kebencian kaum lain terhadap kaum aku wat aku meluat..maka  nerve2 aku menggigil..menggigil menahan marah..marah yang teramat sangat..marah sebab ape ..ok..neh dari blog mazidul..aku percaya bukan baru..ramai orang perkatakannya..maybe aku lambat sikit .




maybe ..aku masih mentah lagi..nak bicara isu-isu politik nih.. tapi setahun dua tahun neh..aku rasa gelombang-gelombang racist neh ibarat api dalam sekam kat malaysia nih...sangat2 merbahaya..dua budak mentah ni..yang aku baca adalah budak 1st year kat UMT..dasar xtahu bersyukur..bila goverment hapuskan sistem kuota atas desakan dorang..tuba yang dorang balas..aku x nafikan , aku mempunyai ramai kawan cina dan india.dan diantara mereka ramai yang sangat baik hati..tapi aku tau..ramai yang sangat berprejudis kepada melayu...even budak mentah ni boleh cakap macam ni..apa jadi pada kepala otak dia 5 tahun akan datang?adakah dia kembali normal?menghormati kaum lain? mengamalkan prinsip rukun negara? gagasan 1 malaysia? tidak..tak mungkin sama sekali....bila umur yang muda dah berani cakap macam ni..semestinya kita boleh andaikan kebencian itu dah disemai dan dibajai dari kecik lagi...agak2..apa akan berlaku 20 tahun akan datang..apabila dalam satu komuniti wujud prasangka dan hasad dengki dalam hati masing2..akan damai kah komuniti tu? akan makmur dan saling hormat kah orang di situ?

cukuplah..dengan peristiwa 16 Mei ..negara hampir lumpuh jika tidak tindakan cepat diambil oleh MAGERAN..ingatlah ada tangan2 yang tidak senang dengan keamanan kat malaysia nih...maka orang2 bodoh yang termakan dakyah2 tangan2 ini hanya akan menjadi pawn chess  dalam game the hidden hand ni..

kepada kaum2 lain..hormatilah hak2 orang melayu..jangan dicemburui dan jangan diusik..kerana itu suma perjanjian yang sudah termaktub..dan kepada kaum melayu..hormatilah juga hak2 kaum bukan bumiputera..aku pernah teringat kata2 seseorang kawan aku..malaysia ini ibarat istana kaca..cantik dari luar..tapi bila2 masa boleh pecah..renung2kan...

kepada Liang Chua dan Ong Yin..insaf lah ko..





result

aduhai......tensennye.result da kuar..tapi x best..huhu..mungkin sebab kurang usaha..adei...tensen..tapi nak wat camna..dengan usaha yang kurang..mungkin i deserved it..huhu..thanks to en zulkarnay , puan saidatul , dr paul raj , cik azian , en megat , lecturers thinking skill , PLV-PLV and technician to all knowledge ur had shared with me.May God Bless U ALL..


apa-apa pun..result teruk gak..da nasib badan..

mengulor~~~

mesti orang yang bekerja pernah buat kerja nih..x banyak pun sekali..ok la..lau korang baik..x buat pun at least pernah dengar..kan kan..mengular mengulor atau dalam bahasa saintifiknya sket..melarikan diri dari tanggungjawab ketika bekerja , atau pun bahasa senang sikit..x buat kerja , tapi buat kerja lain..( hah camne tuh!)

petang tadi aku pergi HSA jap jumpa si Azim n Wahida sambil2 jumpa member2 lama , then masuk dalam bilik meeting jumpa syed biah ngan adri :

syed : weh bila ko nak apply sini..ley ko tolong wat keje aku

biah : weh ..dia kalau masuk sni engineer la ..watpe wat keje ko..handle meeting la..

syed : aah..ko handle meeting pastu ak xyah masuk meeting hari2..ko mesti x ksahnye...haha

aku : lau aku handle meeting , oastu ko de urgent..aku sanggup tinggal meeting ikut urgent ko..

biah n syed : wahahaha..gelak panjang...

hampeh dorg..still happy go lucky cam biasa :)..dari dorang gak aku belajar mengulor neh..haha..aiseh..tapi yang penting kerja sebenarnya dorang buat..tuk pekerja2 luar sana..janganla nak mengulor,,especially perkhidmatan awam yang kerjanya berurusan ngan rakyat jelata..tiap2 kali bajet keluar mesti minta bonus..minta tak salah..tapi yang penting mutu kerja mestila setanding dengan apa yang diminta...:)

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru - Happy Maal Hijrah

Malam ini , masuk tahun baru dalam Islam , tahun hijrah berasaskan peredaran bulan..kadang kita terlalu mengikut sangat propaganda orang-orang barat sampai lupa yang kita sendiri sebagai orang Islam ada sistem harinya sendiri..dan rasanye sebelum penjajah datang,..orang-orang Melayu dulu menggunakan perkiraan tahun hijrah dalam kehidupan sehari-hari..begitu kuatnya propaganda penjajah ni...

------------------------------------------------------------------------------------------

so sempena tahun baru maal hijrah nih., aku nak mendoakan untuk diriku dan orang Islam yang lain :

1) agar sentiasa diperkuat dan diperteguhkan iman
2) sentiasa mendukung ajaran2 islam
3) semoga dilapangkan masa untuk beribadah
4) semoga umat-umatt Islam di zon-zon perang terus berjuang dengan bantuan doa-doa saudara yang lain.kalau dapat berjuang sama2 lagi baik
5) sentiasa berbuat kebaikan

aminnn.........






Tahniah MALAYSIA!

 Malaysia         Vietnam
  1                     0

aku antara jutaan rakyat yang sama-sama dengan penuh debar dan kencangnye degup jantung menyaksikan kawasan malaysia di asak bertubi-tubi oleh pemain-pemain vietnam.bagi aku walaupun masih banyak boleh diperbaiki , tapi sekurang-kurangnya mereka telah berjaya menghasilkan permainan bertahan yang baik ( sepanjang permainan) dan corak menyerang yang menarik terutamanya separuh masa kedua.dan kalau corak permainan itu konsisten dan ditingkatkan..tidak mustahil angan-angan untuk menang AFF cup a.k.a tiger cup dalam masa 2 taun..k well done youg tiger!!


                                  tangisan gembira dan tangisan kesedihan - credit AP photo


                                 malaysia boleh ! young tiger boleh! - bernama pic


tahniah malaysia !!

Wednesday, December 16, 2009

tak boleh tido..aisehh



percayalah..ramai student2 mengalami masalah camni bila balik rumah..ha yeke?aku je kot..aisehh..susah sangat nak tido pun...antara kesan2 tido lambat yang aku baca :

  • menyebabkan peningkatan berat badan
  • menyebabkan tekanan darah tinggi
  • menyebabkan sistem imun kurang berkesan
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala
x caya..aku caya sebab suma tuh selalu aku lalui...tapi nak wat camna lau x boleh lena gak...sikit tips tuk midnite neh..

  • Menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Contohnya, tetapkan waktu tidur anda jam 11.30 malam. Pastikan apabila dah dekat jam 11.30 malam tu, baringlah atas tilam empuk korang. Golek-golek sikit, termenung sikit, berangan sikit, dan jangan lupe baca ayat Quran yang dianjurkan seperti ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur.Janganlah pulak, dah dekat kul 11 malam, baru nak terhegeh-hegeh pasang DVD movie kegemaran korang. Nanti syok layan movie, terlajak pulak masa untuk korang tidur. Patut tidur pukul 11.30 malam, tapi disebabkan layan movie, tidur la pukul 1 pagi. Kan dah tak cukup tidur dah jadinya tu nanti.
  • Padamkan semua lampu. Tidur dalam gelap. Sesetengah orang ada juga yang tak boleh tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Apa2pun, adjust la ikut kesesuaian korang. Kalau aku, memang suka tidur dalam keadaan yang gelap gelita.
  • Tutup semua peralatan yang menyebabkan bunyi bising, contohnya radio ker, TV ker dan lain-lain.Tapi selalunya kalau aku nak lena..letak earphone kat telinga..dengar dua tiga lagu baru la nak lena..hehe
  • 5 minit sebelum tidur, sembur sedikit air freshner dalam bilik tidur supaya udara menjadi lebih segar dan harum gitu

 Then, barulah bley lena kot..hehe...setiap orang ada cara masing2 kan??

kasik panas fan chelsea skett

orang malaysia..sinonim atau kebanyakannya peminat2 EPL..penyokong big four memang sangat ramai..kalau dekat u aku..time malam EPL ..akan penuh la org dekat cafe yg sangat murah tu,..x pun  segelintir akan cari kedai2 makan kt luar yang supply LCD screen tuh...

masa game..memang la ramai pengulas dia...macam2..kutuk mengutuk tuh biasa la..nak bagi panass....

erm..ok..nape ak bukak entry neh...first ak agak bosan...second...nak bagi panas sket menjelang boxing day minggu depann...hehe..

tuk  org yang x tau..time boxing day masa krismas..biasanye week tuh sangat padat ngan game..and after dis week la banyak team yang x konsisten down sket...

so..tuk edisi bikin panas malam nehh...

Image Hosted by ImageShack.us


jangan marah fan chelsea :)

Wednesday, December 09, 2009

gaji - sara hidup - bg mak bapak = simpanan?




then kat mane cari duit bayar tol..jalan2 hujung minggu..duit belanja makan anak sekolah n duit poket kalau duk asrama..main futsal ngan kawan..apatah lagi kalau kita ada family untuk ditanggung..maksud saya mak ayah dan adik beradik..hermmm...





Tuesday, December 08, 2009

sejarah? future phenomenon??.......

dah setahun dah tak menulis..just feel weird bila buka blog ni..bukan jahil dengan dunia blog..hari2 ngadap blog orang , baca blog orang..maybe sebab malas nak ngedate kot yang jadi suram blog nih..haha..at least ada la blog syok sendirik..hehe.. agak busy sebenarnya..ada idea nak menulis..lagi2 aku suka baca banyak benda ari internet..terasa nak share ngan orang..tapi bila mengenangkan internet yang cam *****..oppss..jangan..terus x jadi menulis... ok..cuti... sekrang ngah cuti sem..memang bz ngan kenduri n macam2 lagi..adei penat... kegilaan baru ak.. xtau nape..ak agak sedikt berminat dengan konspirasi2 dunia and sejarah2 dunia melayu...terima kasih untuk yang membuka mata hati jiwa aku,,...dulu2 anggap sejarah neh xda makna ..walaupun aku boleh kata 'kencang' subjek ni tiap kali exam..waa..gerek seyh..haha..tapi sekarang..setiap kejadian dia ada hikmah tersembunyi and setiap yang terjadi..ada sebab yang berguna tuk diambil pengajaran..haa..kan da kuar ayat skema...aiseh... pasni..cuba rajin2 update...ganbatte luqman !! p/s : biar takde org nak baca pun..heheh